18 askar Israel ambil nyawa sendiri

TEL AVIV – Seorang askar Rejim Zionis menamatkan riwayatnya sendiri semalam di sebuah pangkalan tentera di utara Israel, menjadikan jumlah kes seumpamanya meningkat kepada 18, lapor laman berita Middle East Monitor.


Badan penyiaran awam Israel, KAN melaporkan, askar daripada Briged Golani itu ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa.


Polis tentera membuka kertas siasatan kes tersebut dan apabila siasatan selesai, keputusan akan diserahkan untuk semakan pihak pendakwaan tentera, kata KAN.


Ia bagaimanapun tidak menyatakan keadaan askar tersebut atau pangkalan yang tepat.


Kematian baharu itu menjadikan jumlah askar Israel yang menamatkan riwayat sendiri sejak awal 2025 meningkat kepada 18 orang.


Kira-kira dua minggu lalu, seorang kapten pasukan simpanan ditemukan mati di kawasan hutan berhampiran Hutan Switzerland dekat Tiberias.


Julai sahaja menyaksikan tujuh askar Israel mengambil nyawa sendiri, lapor akhbar Haaretz.


Menurut siasatan tentera Israel, kebanyakan kes seumpama itu berpunca daripada keadaan teruk yang dihadapi askar semasa pertempuran di Semenanjung Gaza. –AGENSI #KelantanDaily

TERKINI

Wanita Ditahan Jual Beras Seludup Di Pasir Mas
|
Seorang wanita ditahan selepas dipercayai terlibat dalam penjualan beras…
Dua Beradik Ditahan Simpan Dadah Bernilai RM1.76 Juta Dalam Rumah Di Kuala Terengganu
|
Polis menahan dua beradik selepas disyaki menjadikan rumah mereka…
Rempuh Kenderaan PGA, Lelaki Ditahan Bersama Dadah Di Pasir Mas
|
Seorang lelaki berusia 28 tahun ditahan selepas merempuh kenderaan…
UAI Tegur Suami Nikah Senyap-Senyap, Sah Di Sisi Syarak Tapi Tanggung Dosa Berpanjangan
|
Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) menjelaskan bahawa perkahwinan…
Untung Bukan Keutamaan, Peniaga Di Kota Bharu Kekal Jual Nasi Lemak RM1
|
Tragedi kebakaran yang memusnahkan rumahnya pada 2021 tidak mematahkan…
Suspek Kes Culik Dua Lelaki Di Kelantan Ditahan Di Terengganu
|
Seorang daripada dua suspek yang dipercayai mendalangi kes penculikan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!