Hospital Raja Perempuan Zainab II sambut 16 bayi ‘merdeka’

KOTA BHARU – Seramai 16 bayi dilahirkan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68 hari ini.


Menurut laporan Kosmo, Pengarah HRPZ II, Dr. Izamin Idris berkata, kelahiran itu membabitkan 11 bayi lelaki dan lima bayi perempuan yang lahir antara pukul 12 tengah malam hingga 10 pagi.


Beliau memaklumkan bayi pertama yang dilahirkan merupakan seorang bayi perempuan sekitar pukul 12.40 pagi.


“Kelahiran bayi perempuan itu disambut dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran oleh seluruh warga kerja HRPZ II. Ia bukan sahaja momen bersejarah buat keluarga, malah menyuntik semangat patriotisme dan cinta negara dalam kalangan rakyat.


“HRPZ II berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada detik bermakna itu,” katanya dalam satu kenyataan.


Turut hadir meraikan detik kelahiran tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Kelantan, Rohani Ibrahim dan Ketua Unit Pembiayaan Bank Rakyat Cawangan Kota Bharu, Mohd. Na’im Yusof.


Sementara itu, salah seorang ibu bayi merdeka, Syamimi Afiqah Shuhairi meluahkan rasa syukur apabila kelahiran cahaya matanya jatuh pada tarikh ulang tahun kemerdekaan negara.


“Saya amat bersyukur kerana proses kelahiran berjalan lancar dan bayi berada dalam keadaan sihat. Sejujurnya, saya tidak menyangka akan bersalin pada Hari Kebangsaan. Ia menjadi kenangan yang sangat istimewa buat kami sekeluarga. Semoga anak ini membesar menjadi insan berguna dan mencintai negara,” katanya. –#KelantanDaily

TERKINI

Wayang Kulit Kelantan Makin Sukar Bertahan, Permit Dan Kekurangan Pelapis Jadi Cabaran
|
Ramai menyangka Wayang Kulit Kelantan sudah tidak lagi diminati.Hakikatnya,…
Thailand Bina Pagar Kawat Berduri 99KM Di Sempadan Kelantan-Narathiwat
|
Wilayah Tentera Ke-4 Thailand bakal membina pagar kawat berduri…
Kanak-Kanak Autistik Tujuh Tahun Maut Terjatuh dari Tingkat 13 Pangsapuri
|
Seorang ibu dari Pasir Puteh, Kelantan tidak menyangka perasaan…
Siapa Aliff Sor Dechapan? Kenali Juara Dunia Muay Thai Dari Kelantan
|
Nama Aliff Rakib kini terpahat dalam sejarah sukan tempur…
Thailand Laksana Undang-Undang Tentera Di Narathiwat Selepas Serangan Maut
|
Kerajaan Thailand mengisytiharkan pelaksanaan undang-undang tentera di 13 daerah…
Dua Pelajar Perempuan Ditemui Maut Jatuh Dari Flat Terbiar Di Ipoh
|
Dua pelajar perempuan berusia 14 tahun ditemui maut selepas…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!