KOTA BHARU – Pelakon dan pelawak terkenal, Amir Raja Lawak berkongsi khabar duka apabila bapanya, Azmi atau lebih mesra dikenali sebagai Abe Mie USM, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, malam tadi.
Menerusi hantaran di laman Facebook miliknya, Amir memaklumkan jenazah bapanya akan disolatkan pada pukul 9 pagi di Masjid Desa Rahmat sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Tok Kenali, Kubang Kerian.
“Semoga abah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman, beramal soleh, solehah, dan ahli syurga, aamiin,” tulisnya.
Amir turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan serta menghadiahkan bacaan al-Fatihah buat arwah bapanya.
Pihak Kelantan Daily mengucapkan takziah kepada Amir sekeluarga dan mendoakan semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang beriman.
AL - FATIHAH
#KelantanDaily
Sumber: Amir Raja Lawak
