Tak puas hati pembahagian harta: Anak didakwa bunuh bapa kandung

KUALA LUMPUR – Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas pertuduhan membunuh bapa kandungnya dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Bandar Seri Permaisuri, Sabtu lalu.

Tertuduh, Iznan Syahir Mohammad Tasnim, 25, yang memakai baju kurta berwarna ungu hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret S Arunjothy. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, Iznan Syahir didakwa membunuh Mohammad Tasnim Nurdin, 62, pada jam 3.01 pagi, 13 September lalu. Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup atau tempoh tertentu, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Eleena Jamaluddin Akbal, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Mahkamah menetapkan 11 Disember depan untuk sebutan semula kes dan tiada jaminan diberikan.

Sebelum ini, polis mengesahkan seorang lelaki berusia 24 tahun menikam bapanya hingga maut dipercayai berpunca daripada perselisihan mengenai isu harta keluarga.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintenden Ridzuan Khalid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 3.01 pagi.

“Ketika polis tiba, mangsa berusia 62 tahun ditemukan terlentang dengan berlumuran darah di ruang tamu rumah berkenaan dengan kecederaan parah pada muka dan kepala,” katanya dalam kenyataan.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Cheras untuk proses bedah siasat.

Ridzuan berkata, susulan kejadian itu, seorang penganggur yang juga anak mangsa telah ditahan dan direman tujuh hari bermula 13 hingga 19 September bagi membantu siasatan.


#KelantanDaily
Sumber: Sinar Harian, Astro Awani

TERKINI

10 Rakyat Malaysia Dalam Misi Global Sumud Flotilla 2.0 Ditahan Tentera Zionis
|
Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan 10 rakyat Malaysia…
Pelajar Parah Dirempuh SUV Di SMK Tanjong Mas Dibenar Keluar Hospital
|
Pelajar perempuan tingkatan satu yang sebelum ini parah selepas…
Langgar Kereta Polis, Pacuan Empat Roda Ditembak Dua Das Sebelum Pemandu Ditahan
|
Polis melepaskan dua das tembakan ke arah tayar sebuah…
Lelaki OKU Mental Didakwa Bunuh Bapa Di Baung Bayam
|
Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) mental dihadapkan ke…
Fenomena Bau Asap Waktu Malam Di Kota Bharu Dan Bachok Cetus Tanda Tanya
|
Sejak beberapa malam kebelakangan ini, penduduk sekitar Kota Bharu…
Mangsa Ditembak Pencuri Lembu Di Ladang Kemahang Dibenar Pulang
|
Mangsa yang parah ditembak dipercayai pencuri lembu dalam kejadian…
Jawatan Kosong Kelantan