PGA temui 30 tong minyak cuba diseludup ke Thailand

TUMPAT, 14 Sept – Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) menumpaskan cubaan menyeludup minyak petrol dan diesel selepas menemui beberapa tong berisi bahan bakar itu di sekitar Kampung Geting dan Kampung Telaga Lanas, Pengkalan Kubor, awal pagi ahad.

Dalam rondaan Op Taring Wawasan Kelantan kira-kira jam 12.30 tengah malam, anggota PGA menjumpai 14 tong berisi 420 liter petrol dan 16 tong berisi 480 liter diesel yang dipercayai untuk diseludup ke Thailand.

Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM1,998 dan semua barang kes diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Kota Bharu untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

#KelantanDaily
Sumber: Briged Tenggara PGA

TERKINI

[VIDEO] “Hanya Di Kelantan” Masjid Tayang Tazkirah Pada Skrin Gergasi Raih Pujian
|
Tindakan Masjid An-Naim Sri Cemerlang di Kota Bharu menyiarkan…
Kalau Semua Pelakon Kelantan Ini Digabung Dalam Satu Filem, Confirm Meletup!
|
Kalau bercakap tentang pelakon berasal dari Kelantan, industri seni…
Kisah Bekas Bintang Filem Dewasa Dari Jepun Memeluk Islam Selepas Lawatan Ke Malaysia
|
Nama Kae Asakura atau lebih dikenali sebagai Rae Lil…
APM Ambil Masa Lebih 5 Jam Pindahkan Pesakit Obesiti 180kg Di Pasir Mas
|
Angkatan Pertahanan Awam (APM) mengambil masa lebih lima jam…
Pilihan Raya Negeri SG4 Dijangka Diadakan Serentak Dengan PRU16
|
Empat negeri yang ditadbir Perikatan Nasional (PN) iaitu Kelantan,…
200 Unit Vape Bernilai RM20,000 Dirampas Di Tepi Sungai Golok
|
Cubaan menyeludup 200 unit peranti vape ke Thailand gagal…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!