Sultan Muhammad V Berangkat Santuni Mangsa Kebakaran Gok Kapur

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan mencemar duli melawat tapak kebakaran di Kampung Cina, Gok Kapur di sini pada malam Rabu yang mengakibatkan 29 buah rumah musnah dalam kejadian tersebut.

Sultan Kelantan Di Gok Kapur


Baginda turut menyantuni mangsa-mangsa yang terlibat selain mengurniakan sumbangan bagi meringankan beban mereka yang terkesan akibat musibah berkenaan.

722245524_1524302959737804_6870747564075367087_n


Perkara itu dikongsikan oleh Mohd Asri Mat Daud menerusi satu hantaran di Facebook rasmi beliau.

Manifestasi Kasih Sayang Raja Kepada Rakyat

Menurut Mohd Asri, keberangkatan Sultan Muhammad V ketika rakyat berdepan ujian dan kesusahan merupakan lambang keprihatinan seorang raja yang sentiasa dekat dengan rakyat.

"Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada saat rakyat berdepan ujian dan kesusahan merupakan manifestasi kasih sayang seorang Raja yang sentiasa dekat di hati rakyat," katanya.

721266326_1524302869737813_5288292831877825405_n


Beliau berkata, kehadiran baginda bukan sahaja memberi semangat dan kekuatan kepada mangsa, malah menjadi sumber ketenangan dan harapan kepada penduduk yang terjejas akibat kebakaran tersebut.

Turut Zahir Simpati Kepada Mangsa

Mohd Asri berkata, rakyat menjunjung kasih atas keprihatinan Sultan Muhammad V yang berkenan turun padang meninjau sendiri keadaan mangsa serta menzahirkan rasa simpati dan dukacita terhadap musibah yang berlaku.

719649227_1297724585858704_927966146267928351_n


Beliau turut mendoakan agar Sultan Kelantan terus dikurniakan kesejahteraan, kesihatan yang baik dan keberkatan dalam memayungi negeri serta rakyat Kelantan.

Kebakaran yang berlaku di Kampung Cina, Gok Kapur sebelum ini memusnahkan 29 buah rumah dan menjejaskan puluhan keluarga yang kini menerima pelbagai bentuk bantuan daripada kerajaan negeri, agensi berkaitan serta badan kebajikan.


Sumber: Sinar Harian, Ustaz Asri Daud

SHARE:

TERKINI

Sultan Muhammad V Berangkat Santuni Mangsa Kebakaran Gok Kapur
|
Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan mencemar duli melawat…
Pengasas Elrah Bagi Bayangan Bakal Jadi Penaja KRWFC
|
[DIKEMASKINI] Satu hantaran dimuat naik usahawan terkenal Kelantan, Muhd…
Mimpi Anak Jadi Kenyataan, Pendulang Emas Ditemui Maut Di Sungai Ulu Galas Gua Musang
|
Seorang pendulang emas ditemukan maut di Sungai Ulu Galas,…
[VIDEO] Pesara 67 Tahun Di Johor Direman Enam Hari, Disyaki Rogol Cucu 13 Tahun
|
Seorang pesara lelaki berusia 67 tahun direman selama enam…
Ambulans Kemalangan Di Besut, Pesakit Remaja Cedera Parah
|
Seorang pesakit lelaki berusia 16 tahun mengalami kecederaan parah…
Irfan Bakti Kekal Bimbing Kelantan Red Warrior FC Bagi Musim 2026/27
|
Kelantan Red Warrior FC (KRWFC) mengumumkan Irfan Bakti Abu…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!