Tular Tema Bunian Sambutan Hari Jadi Founder Di Kelantan Cetus Perdebatan

Tular di media sosial satu video memaparkan sambutan hari jadi bertemakan “bunian” yang didakwa diadakan oleh seorang ‘founder’ di Kelantan sehingga mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen.

Video berkenaan dikongsikan pengguna Threads bernama @fauzidragon yang mempersoalkan penganjuran majlis tersebut, dengan kapsyen yang turut menyindir penganjur.

Antara yang ditulis ialah: “macam mana nak dapat keberkatan dalam hidup kalau majlis sambut hari jadi pun dah macam ni? come on orang kelantan, siapa founder ni? malaikat pun lari”.

Majlis Hari Jadi Anak Founder

Difahamkan, majlis berkenaan merupakan sambutan hari jadi anak kepada seorang ‘founder’ dari Kelantan yang diadakan secara tertutup dengan jemputan terhad.

Menurut perkongsian awal, tema majlis tersebut menjadi perhatian kerana dianggap luar kebiasaan dan mencetuskan pelbagai reaksi dalam talian.

Netizen Berbelah Bahagi

Klip video itu kemudiannya mengundang pelbagai komen daripada netizen dengan pandangan berbeza.

Antara komen yang tular:

dr_uwais:
“Dekat Kelantan ada sambutan Halloween ke? Mohon pantau dan jangan normalisasikan perkara ini”

putryraa:
“Huhu nak engagement punya pasal, strategi founder nak kekal relevan dan nak viral.”

afiq.shah17:
“Dia buat pun dalam rumah dia, jemputan pun yang terdekat, majlis pun lepas Isyak. Yang kat Sunway Lagoon tu, pesta air BB hari tu tak kecam? Sebab yang buat ni orang Kelantan?”

Cetus Perdebatan

Isu tersebut turut mencetuskan perdebatan sama ada ia sekadar kreativiti tema majlis atau dianggap tidak sesuai dengan budaya setempat, dengan sebahagian netizen mempertahankan ia sebagai acara tertutup tanpa gangguan orang luar.

Setakat ini, perkongsian tersebut terus tular dan menjadi bualan hangat di media sosial.

Sumber: Threas | fauzidragon

SHARE:

TERKINI

Tular Tema Bunian Sambutan Hari Jadi Founder Di Kelantan Cetus Perdebatan
|
Tular di media sosial satu video memaparkan sambutan hari…
Selangor, Sabah Dan Johor Catat Kes Rogol Tertinggi Dalam Tempoh Tiga Tahun
|
Malaysia merekodkan sebanyak 1,996 kes rogol dengan paksaan sepanjang…
Perlis, Terengganu, Kelantan Paling Sedikit Kes Pembunuhan
|
Perlis, Terengganu dan Kelantan direkodkan sebagai tiga negeri yang…
Myvi Kuning Bawa 9 PATI Rempuh Kereta, Rumah Penduduk Di Tumpat
|
Seorang lelaki tempatan berusia 21 tahun bersama sembilan pendatang…
Kos Penternakan Tinggi Punca Amalan Lepas Bebas Lembu Masih Berlaku Di Kelantan
|
Tekanan kos penternakan yang semakin meningkat dipercayai menjadi antara…
KPDN Rampas 825 Liter Diesel Disorok Dalam Kotak Ais Di Pengkalan Kubor
|
Sebuah stor dalam kawasan kilang memproses ais di Pengkalan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!