[VIDEO] “Saya Berterima Kasih Kepada Polis Yang Tangkap Saya” – Ameng Spring

Penyanyi terkenal, Ameng Spring meluahkan rasa penghargaan kepada pihak polis yang pernah menahannya suatu ketika dahulu, sambil mengakui pengalaman itu menjadi antara detik paling besar yang mengubah perjalanan hidupnya.

Menurut Ameng, beliau bersyukur kerana pihak berkuasa menjalankan tugas dengan penuh amanah dan tidak menerima rasuah, sekali gus membuatkan dirinya benar-benar sedar serta insaf atas kesilapan yang pernah dilakukan.

Katanya, pengalaman dipenjarakan menjadi titik perubahan terbesar yang membuka ruang untuk dirinya bangkit semula dan menghargai kehidupan dengan lebih baik hari ini.


Untuk rekod, pada tahun 2011, penyanyi kumpulan Spring itu, Wan Aminuddin Wan Ismail atau lebih dikenali sebagai Ameng, pernah dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Melaka atas kesalahan berkaitan dadah.

Ameng yang lahir pada 24 November 1968 merupakan anak kelahiran Besut, Terengganu dan sudah lebih tiga dekad bergiat dalam industri muzik tanah air sebagai vokalis kumpulan Spring.

Ameng sering berkongsi kisah hidupnya di penstriman langsung di akaun media sosial miliknya supaya dapat dijadikan pengajaran kepada orang ramai.

SHARE:

TERKINI

Individu Tampil Fakta, Bidas Dakwaan Nga Kor Ming Kelantan ‘Juara’ HIV, Rogol
|
Sebuah video memaparkan ceramah Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga…
Bekas Ketua Polis Daerah Temerloh Diarah Bela Diri 46 Pertuduhan Rasuah
|
Mahkamah Sesyen Kuantan pada Isnin memerintahkan bekas Ketua Polis…
3 Pekerja Dikurung Hampir Tiga Minggu, Kaki Dirantai Selepas Disyaki Curi Barangan Syarikat
|
Tiga pekerja sebuah syarikat percetakan didakwa dikurung selama hampir…
Wanita Kelantan Pilih Lelaki Asing Sebagai Suami, Beri Elaun, Peluang Berniaga
|
Semakin ramai wanita di Kelantan, khususnya golongan janda dan…
Remaja 18 Tahun Ditahan Bersama Sejumlah Haiwan Dilindungi Di Tumpat
|
Seorang remaja berusia 18 tahun ditahan selepas dipercayai memelihara…
Hafizah 30 Juzuk, Bekas Pelajar Pondok Cemerlang STPM
|
Seorang pelajar pondok dan hafizah 30 juzuk al-Quran membuktikan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!