Kemalangan Ke Sekolah Di Kampung Pek: Murid 7 Tahun Terpaksa Dipotong Kaki Paras Paha

Kemalangan membabitkan empat adik-beradik yang dalam perjalanan ke sekolah di Kilometer 51.4 Jalan Kota Bharu–Kuala Krai berhampiran Kampung Pek, Machang, semalam meninggalkan kesan mendalam apabila seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun terpaksa menjalani pembedahan memotong kaki kanan hingga ke paras paha.

BERKAITAN: Empat Bersaudara Parah Terlibat Kemalangan Ketika Perjalanan Ke Sekolah Di Kampung Pek, Machang


Menurut bapa saudara mangsa, Nadzri Abdullah, 51, anak saudaranya Mas Siti Rosnani Rosli, 7, kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) untuk pemantauan lanjut.

Kaki Dipotong Elak Komplikasi Serius

Nadzri berkata, kaki kanan kanak-kanak itu terpaksa dipotong selepas berlaku pembekuan darah serta tisu dan isi daging pada bahagian tersebut didapati sudah mati.

Follow FB Kelantan Daily


“Kaki kanan anak saudara saya terpaksa dipotong selepas berlaku pembekuan darah selain tisu dan isi daging pada bahagian kaki berkenaan sudah mati, selain mengelakkan komplikasi yang lebih serius terhadap keadaannya,” katanya ketika dihubungi.

Abang Cedera Parah, Dua Lagi Stabil

Dalam perkembangan sama, Nadzri memaklumkan seorang lagi mangsa, Muhammad Muskir Rosli, 14, dijadual menjalani pembedahan di Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP), Kuala Krai pada hari ini.

Katanya, remaja itu mengalami kecederaan parah apabila tulang paha kanan hancur dan memerlukan pemasangan besi pada bahagian berkenaan.

Sementara itu, dua lagi adik-beradik mangsa iaitu Muhamad Hakikat Abdul Rahman, 9, dan Muhammad Zulhaqif Muhamad Zulkifli, 12, dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan di HSIP.

Minta Henti Sebar Berita Tidak Sahih

Nadzri turut merayu orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang berita tidak sahih berkaitan keadaan mangsa yang sedang dirawat.

“Saya berharap orang ramai dapat mendoakan kesembuhan mereka,” katanya.

Kemalangan Ketika Dalam Perjalanan Ke Sekolah

Semalam media melaporkan, empat bersaudara parah selepas motosikal dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta ketika dalam perjalanan ke sekolah.

BERKAITAN: Empat Bersaudara Parah Terlibat Kemalangan Ketika Perjalanan Ke Sekolah Di Kampung Pek, Machang


Ketua Polis Daerah Machang, Superintendan Azuhar Md Nor, berkata siasatan awal mendapati kereta Honda Jazz dipandu seorang guru wanita berusia 39 tahun dari arah Machang menghala ke Kuala Krai sebelum berlanggar dengan motosikal Honda C100 dinaiki semua mangsa dari arah bertentangan.


Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

Dua Penunggang Motosikal Maut Dalam Tempoh Sejam Di Kuala Krai
|
Dua penunggang motosikal maut dalam dua kemalangan berasingan yang…
RM6.26 Juta Dadah Dirampas, Ketua Sindiket Bergelar ‘Datuk’ Antara 291 Ditahan
|
Seorang ketua sindiket dadah bergelar 'Datuk' menjadi antara 291…
Bayi 11 Bulan Meninggal Dunia Selepas Terjatuh Dari Kerusi Di Rumah Pengasuh
|
Seorang bayi perempuan berusia 11 bulan disahkan meninggal dunia…
Tujuh Beranak Di Tumpat Lega Gangguan Mistik Hilang Selepas Sebulan
|
Sebuah keluarga tujuh beranak di Kampung Kutan Sungai, Tumpat…
SMKA Naim Lilbanat Sekolah Pertama Di Kelantan Miliki Kelas Berasaskan AI
|
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Naim Lilbanat, Kota Bharu…
Durian Serendah RM1.30 Sekilo Di Tumpat, Harga Esok Ditentukan Pembeli
|
Lambakan durian musim ini memberi rezeki kepada pencinta raja…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!