Jambatan gantung Pos Balar siap sebulan lebih awal

Gua Musang – Jambatan baharu merentasi Sungai Balar di sini yang menggantikan jambatan runtuh pada Mei lepas telah siap dibina dan mula digunakan penduduk sejak 7 Sept.

Jurucakap Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Kelantan dan Terengganu berkata, projek bernilai RM350,000 itu bermula pada 25 Jun dan siap kira-kira sebulan lebih awal daripada jangkaan (1 Okt 2025).

Jambatan gantung berukuran lebih 120 meter itu dibina khusus bagi memudahkan penduduk Orang Asli di kawasan berkenaan, yang terputus hubungan sejak jambatan lama musnah,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi JPKKOA Pos Balar, Hanan Anjang berkata, lebih 1,000 penduduk kini menikmati kemudahan jambatan kekal yang lebih selamat dan kukuh.

“Penduduk Pos Balar berterima kasih kepada kerajaan dan JAKOA kerana membina semula jambatan ini, yang kini boleh dilalui motosikal dan pejalan kaki,” katanya.

Terdahulu, jambatan asal runtuh pada 9 Mac akibat arus deras susulan hujan lebat, manakala jambatan sementara yang dibina penduduk menggunakan besi terpakai dan kayu turut runtuh pada 18 Mei.

#KelantanDaily
Sumber: Bernama

TERKINI

Kos Penternakan Tinggi Punca Amalan Lepas Bebas Lembu Masih Berlaku Di Kelantan
|
Tekanan kos penternakan yang semakin meningkat dipercayai menjadi antara…
KPDN Rampas 825 Liter Diesel Disorok Dalam Kotak Ais Di Pengkalan Kubor
|
Sebuah stor dalam kawasan kilang memproses ais di Pengkalan…
Pemandu Sempat Keluar, Treler Rosak Brek Terjunam Ke Dalam Gaung Di Gua Musang
|
Seorang pemandu treler bernasib baik apabila sempat keluar dan…
Bekas Pemain Kelantan Mahu Ambil Alih 80 Peratus Saham Kelantan WTS FC
|
Sekumpulan bekas pemain Kelantan yang bernaung di bawah Ex-Treble…
JKN Kelantan Siasat Isu Remaja Sesak Nafas Tunggu Lama Di Hospital Tumpat
|
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kelantan menjalankan siasatan lanjut berhubung…
Anak Muda Kota Bharu Sanggup Turun Padang Bersihkan Bandar Tanpa Upah Demi Kelestarian Alam Sekitar
|
Ketika ramai meluahkan rasa tidak puas hati terhadap keadaan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!