Polis Buka Siasatan Isu Spekulasi Dan Maklumat Palsu Kes Gadis 61 Tikaman

Polis Kelantan membuka kertas siasatan berhubung penularan spekulasi serta penyebaran maklumat palsu berkait kes seorang gadis yang maut dengan 61 tikaman sebelum mayatnya ditinggalkan di Kampung Simah, Ketereh, di sini pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Polis memandang serius penyebaran hantaran yang mengandungi fakta tidak tepat sehingga boleh mengelirukan orang ramai.

“Antara kandungan yang dikesan termasuk spekulasi berkaitan latar belakang suspek, penggunaan gambar rasmi Ketua Polis Kelantan bagi menarik perhatian awam selain tajuk sensasi yang tidak tepat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Manipulasi Kenyataan Polis, Guna Logo PDRM Tanpa Kebenaran

Menurut Mohd Yusoff, pihaknya turut mengesan tindakan mengeksploitasi kenyataan rasmi polis dengan cara dimanipulasi atau ditokok tambah, selain penggunaan logo rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) tanpa kebenaran.

“Orang ramai perlu lebih bertanggungjawab dalam penggunaan media sosial dengan tidak menyebarkan maklumat yang belum disahkan kesahihannya.

“Semua pihak juga diminta mengelakkan sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan polis,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan seorang gadis, Nurfisya Zulkifly, 19, maut dibunuh dengan 61 tikaman sebelum ditinggalkan di tepi jalan di Kampung Simah, Ketereh pada Jumaat lalu.


Sumber: Kosmo

SHARE:

TERKINI

Perempuan Cantik, Pandai Berhias, Tapi Rumah Sewa Macam Tong Sampah
|
Seorang pemilik rumah sewa meluahkan rasa terkejut apabila kediamannya…
Pemandu Peribadi Didakwa Enam Pertuduhan Jadi Along
|
Seorang pemandu peribadi dihadapkan ke dua Mahkamah Majistret di…
Polis Buka Siasatan Isu Spekulasi Dan Maklumat Palsu Kes Gadis 61 Tikaman
|
Polis Kelantan membuka kertas siasatan berhubung penularan spekulasi serta…
Jalil Hamid Meninggal Dunia Dalam Tidur, Alami Jantung Bengkak
|
Dunia seni tanah air kehilangan seorang lagi tokoh besar…
Polis Nafi Bapa Salah Seorang Suspek Kes Bunuh Nurfisya Pegawai Kanan Polis
|
Polis Kelantan menafikan dakwaan tular di media sosial kononnya…
PGA Tahan 123 Termasuk 4 Wanita Berkait Kes Dadah RM6.1 Juta Di Sempadan Kelantan
|
Seramai 123 individu termasuk empat wanita ditahan dalam beberapa…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!