Seleweng Dana Zakat RM230 Juta, SPRM Tahan Tiga Individu

Tiga individu termasuk seorang timbalan pengerusi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor pada Selasa kerana disyaki menyeleweng dana zakat berjumlah kira-kira RM230 juta.

Menurut sumber, dua suspek lelaki berusia lingkungan 50 dan 60-an ditahan antara jam 3 hingga 5 petang dalam operasi yang dijalankan SPRM Selangor di Lembah Klang.

Seorang lagi suspek berusia lingkungan 50-an pula ditahan sekitar jam 2 petang ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Selangor.

“Siasatan awal mendapati, kesemua suspek yang juga dua daripadanya merupakan pengarah syarikat disyaki bersubahat melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2018 hingga 2024.

“Siasatan turut mendapati timbalan pengerusi NGO tersebut telah memindahkan RM230 juta itu ke dalam akaun syarikatnya bagi tujuan pelaburan dan peribadi,” kata sumber.

Menurut sumber lagi, siasatan kini menjurus kepada elemen penyelewengan dana awam memandangkan NGO terbabit menerima sumbangan orang ramai bagi tujuan membantu golongan memerlukan.

SHARE:

TERKINI

Ibu Di Kuala Krai Tabah Jaga Bayi Hidrosefalus, Harap Anak Membesar Sihat
|
Bagi seorang ibu, melihat anak membesar dengan sihat sudah…
Bengkel Buat Bakul Lori Terbakar Di Wakaf Bharu, Kerugian Cecah RM40,000
|
Seorang pemilik bengkel membuat bakul lori mengalami kerugian lebih…
Penghantar Makanan Hilang Kaki, Ibu Rayu Pemandu Langgar Lari Bertanggungjawab
|
Seorang ibu tidak mampu menahan sebak apabila anak lelaki…
Kelantan Red Warrior FC Seru Penyokong Penuhi Stadium, Tawar Tiket Beli 1 Percuma 4
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW) nampaknya benar-benar mahu melihat…
Seleweng Dana Zakat RM230 Juta, SPRM Tahan Tiga Individu
|
Tiga individu termasuk seorang timbalan pengerusi sebuah badan bukan…
Tular Caj RM30 Baiki Kalkulator, KPDN Serbu Premis Di Kota Bharu Untuk Siasatan
|
Isu caj baiki kalkulator yang dimasuki air sehingga mencecah…
Jawatan Kosong Kelantan