Kakitangan Kerajaan Negeri Kelantan Bebas Rasuah, Tiada Yang Didakwa SPRM

Kerajaan negeri Kelantan menegaskan bahawa tiada seorang pun kakitangannya yang diheret oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke mahkamah untuk didakwa atas pertuduhan rasuah.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, setiap kali SPRM menjalankan siasatan, ia bukan bermaksud kesalahan telah berlaku, sebaliknya satu proses biasa sejurus menerima laporan.

Katanya, perkara itu perlu difahami supaya tidak timbul salah faham atau persepsi negatif sedangkan semua laporan telah melalui proses perundangan yang sewajarnya.

“Sekiranya ada laporan, sudah tentu akan ada siasatan daripada SPRM. Apabila siasatan dijalankan, ia bukan bermaksud satu kesalahan. Itu mesti difahami.

“Apabila ada siasatan, ia tidak bererti membawa kepada pendakwaan kerana tidak terbukti berlaku kesalahan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Syahbuddin Hashim (BN-Galas) pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, hari ini.


Lantikan Dalam GLC Ada Enakmen Tersendiri

Dalam perkembangan lain, Mohamed Fadzli menjelaskan terdapat syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) yang mempunyai enakmen tersendiri bagi menentukan pihak yang sepatutnya dilantik ke jawatan-jawatan penting.

“Kita tidak boleh melantik sembarangan. Ia biasanya dibarisi Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar seterusnya ahli Exco berkaitan. Lantikan juga melibatkan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan Pegawai Undang-Undang Negeri Kelantan.

“Ketua-ketua jabatan terlibat dan kebiasaannya dalam kalangan ahli profesional dan ahli politik turut dilantik. Memang ada ketetapan begitu dan bukan dibuat secara sembarangan,” katanya.

Beliau turut menjelaskan setiap lantikan profesional akan ditapis berdasarkan kurikulum vitae, kemahiran dan pengalaman, sebelum prestasi mereka dinilai dari semasa ke semasa.


Sumber: Kosmo

SHARE:

TERKINI

Dulu Bergelumang Najis, Abbe Hae Kongsi Perkembangan Terbaru Pak Din
|
Kisah seorang warga emas yang pernah tular sebelum ini…
Kakitangan Kerajaan Negeri Kelantan Bebas Rasuah, Tiada Yang Didakwa SPRM
|
Kerajaan negeri Kelantan menegaskan bahawa tiada seorang pun kakitangannya…
Mahkamah Tolak Permohonan Reman 4 Suspek Kes Tembak Penjaga Lembu Felda Kemahang 1
|
Mahkamah Majistret Tanah Merah hari ini menolak permohonan reman…
Suri Rumah Direman 5 Hari, Kes Rampasan 5 Senjata Api Termasuk M16 Di
|
Seorang suri rumah direman selama lima hari bagi membantu…
Lelaki Cuba Lari Selepas Menyeberang Dari Thailand, 402 Pil Yaba Dirampas
|
Pasukan Strike Force Kompeni B Batalion 9 Pasukan Gerakan…
Dibayar RM4,000 Bawa 5Kg Ganja Dari Thailand Ke Kuala Lumpur, 2 Lelaki Ditahan Di Rantau Panjang
|
Pasukan Strike Force/Tiger Platoon Kompeni A Batalion 9 Pasukan…
Jawatan Kosong Kelantan