Maritim Malaysia cadang pasang radar SWASLA di Tumpat

KOTA BHARU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan bercadang memasang sistem radar Remote Sensored Site (RSS) Swasla di kawasan Pantai Timur sebagai usaha menambah baik keberkesanan operasi penguatkuasaan.

Pengarah Maritim Negeri Kelantan Kepten Maritim Erwan Shah Soahdi berkata sistem itu dicadangkan dibina di Mukim Tabar, Tumpat berikutan kedudukan negeri ini yang bersempadan dengan Thailand.

Beliau berkata dengan adanya sistem radar di kawasan berkenaan, lebih mudah untuk mengesan sebarang kegiatan jenayah rentas sempadan yang berlaku.

“Setakat ini, APMM Kelantan sedang dalam proses mendapatkan satu tapak untuk dijadikan pejabat tetap Pos Maritim Pengkalan Kubor,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata Pos Maritim Pengkalan Kubor telah beroperasi sejak 6 Feb 2013, namun selama ini hanya menumpang bangunan seluas 900 kaki persegi serta jeti di Kompleks Kastam Pengkalan Kubor.

Erwan Shah berkata kekangan fasiliti sedia ada menyukarkan keberkesanan operasi, justeru kawasan seluas empat hektar telah dikenal pasti sebagai lokasi strategik bagi pembangunan Pos Maritim Pengkalan Kubor.

“Kawasan ini amat sesuai untuk dibangunkan sebagai pejabat, kuarters anggota serta menempatkan RSS Swasla kerana kedudukannya yang hampir dengan Thailand selain laluan utama modus operandi penyeludupan melalui laut sebelum masuk ke muara sungai,” katanya.

Beliau berkata cadangan itu telah diusulkan kepada Bahagian Pembangunan APMM dan dimajukan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk pertimbangan serta kelulusan.

Maritim Kelantan berharap cadangan pembangunan pejabat tetap Pos Maritim Pengkalan Kubor dapat diluluskan segera demi kepentingan operasi Maritim Malaysia,” katanya.

#KelantanDaily
Sumber: Bernama

TERKINI

10 Rakyat Malaysia Dalam Misi Global Sumud Flotilla 2.0 Ditahan Tentera Zionis
|
Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan 10 rakyat Malaysia…
Pelajar Parah Dirempuh SUV Di SMK Tanjong Mas Dibenar Keluar Hospital
|
Pelajar perempuan tingkatan satu yang sebelum ini parah selepas…
Langgar Kereta Polis, Pacuan Empat Roda Ditembak Dua Das Sebelum Pemandu Ditahan
|
Polis melepaskan dua das tembakan ke arah tayar sebuah…
Lelaki OKU Mental Didakwa Bunuh Bapa Di Baung Bayam
|
Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) mental dihadapkan ke…
Fenomena Bau Asap Waktu Malam Di Kota Bharu Dan Bachok Cetus Tanda Tanya
|
Sejak beberapa malam kebelakangan ini, penduduk sekitar Kota Bharu…
Mangsa Ditembak Pencuri Lembu Di Ladang Kemahang Dibenar Pulang
|
Mangsa yang parah ditembak dipercayai pencuri lembu dalam kejadian…
Jawatan Kosong Kelantan