Bengkel Kereta Di Jalan Long Yunus Kota Bharu Terbakar, Lima Kenderaan Hangus

Sebuah bengkel kereta di Jalan Long Yunus, Kota Bharu dilaporkan terbakar hampir musnah dalam kejadian petang Khamis.

Menurut laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Kelantan, panggilan kecemasan diterima pada jam 6.27 petang sebelum jentera tiba di lokasi pada jam 6.31 petang.

Kebakaran berlaku di hadapan Petron Long Yunus dengan jarak kira-kira 1.4 kilometer dari balai.

kebakaran jalan long yunus kota bharu

Foto: JBPM Negeri Kelantan


Pasukan Keluaran Operasi memaklumkan kebakaran melibatkan sebuah bengkel kereta berkeluasan 60x80 kaki persegi dengan kemusnahan dianggarkan sebanyak 95 peratus.

Komander operasi turut melaporkan kejadian itu melibatkan lima buah kereta yang terbakar.

Pada jam 7.16 malam, kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya.

Operasi pemadaman melibatkan seramai 32 anggota daripada beberapa balai termasuk BBP Kota Bharu, BBP Kota Darulnaim, BBP Tunjung serta bantuan Water Tanker dari Pengkalan Chepa.

Sebanyak beberapa jentera dikerahkan termasuk empat FRT, sebuah LFRT, sebuah Water Tanker, dua EMRS dan sebuah Hilux.

Tiada mangsa dilaporkan dalam kejadian tersebut.

SHARE:

TERKINI

Bomba Kelantan Rekod 1,509 Kes Kebakaran Terbuka Sejak Mac, Bachok Tertinggi
|
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan merekodkan peningkatan…
Kelantan Sasar Pasaran China & Singapura, Rangka Promosi Pelancongan Lebih Efektif
|
Kerajaan Negeri Kelantan kini merangka pendekatan promosi pelancongan yang…
Bengkel Kereta Di Jalan Long Yunus Kota Bharu Terbakar, Lima Kenderaan Hangus
|
Sebuah bengkel kereta di Jalan Long Yunus, Kota Bharu…
Pengeluaran Dron Serangan Iran Meningkat 10 Kali Ganda Sejak Perang
|
Kadar pengeluaran dron serangan Iran dilaporkan meningkat sehingga 10…
YIK Lahirkan 5,720 Huffaz, 432 Graduan Tahfiz Dirai Dalam Majlis Graduasi Kali Ke-16
|
Yayasan Islam Kelantan (YIK) berjaya melahirkan seramai 5,720 huffaz…
MB Manfaat Lawatan PM Sabtu Ini, Bincang Pembangunan Perlu Disegerakan
|
Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke…
Jawatan Kosong Kelantan