Guru Disyaki Rempuh Dua Pelajar Depan Surau Sekolah Di Kota Bharu Dibawa Ke Mahkamah

Kes kemalangan tragis yang mengorbankan seorang pelajar Tingkatan Satu di hadapan surau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Mas, Kota Bharu, kini memasuki perkembangan baharu apabila pemandu kereta yang dipercayai terlibat dibawa ke mahkamah pagi ini.

Guru wanita berusia 57 tahun itu dilaporkan tiba di Mahkamah Majistret Kota Bharu sekitar jam 8.40 pagi dengan menaiki trak polis dan memakai baju lokap.

Difahamkan, guru berkenaan akan direman bagi membantu siasatan.

Kes Disiasat Bawah Seksyen 41(1)

Menurut laporan, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Azmir Damiri memaklumkan kejadian berlaku kira-kira jam 1.50 tengah hari semalam melibatkan seorang pemandu kereta dan dua pelajar perempuan.

Siasatan awal mendapati pemandu wanita dipercayai tertekan pedal minyak sebelum kereta dipandunya terbabas lalu merempuh dua pelajar yang berada di hadapan surau sekolah berkenaan.

Seorang Pelajar Maut, Seorang Lagi Parah

Akibat kemalangan itu, seorang pelajar perempuan dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Seorang lagi pelajar pula cedera parah dan sedang menerima rawatan di hospital.

Kes ini mencetuskan perhatian ramai selepas kejadian berlaku dalam kawasan sekolah dan melibatkan pelajar yang masih muda.

BERKAITAN:
Pelajar Tingkatan Satu Maut Dirempuh Kereta Ketika Pakai Kasut Depan Surau Sekolah
Tragedi Pelajar Maut Di Kota Bharu Perlu Jadi Iktibar, Elak Kecuaian – PM



Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

Dua Scammer Warga China Ditahan Di Pasir Mas, 142 Kad Sim Dan 45 Telefon Dirampas
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan dua lelaki warga China…
Polis Kelantan Berjaya Tumpaskan Sindiket Curi Kabel ECRL
|
Polis Kelantan berjaya menumpaskan satu sindiket yang dipercayai aktif…
Tiada Lagi Caj RM1 Pengeluaran ATM Antara Bank Bermula 1 Julai
|
Pelanggan semua bank di Malaysia tidak lagi dikenakan caj…
Pelajar 17 Tahun Mengaku Ajak Ibu Kandung Buat Aksi Tak Senonoh Selepas Tonton Video Lucah
|
Seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun mengaku bersalah di…
Polis Kelantan Buru Dua Lelaki Disyaki Dalang Kes Culik Berkait Hutang
|
Polis Kelantan sedang mengesan dua lelaki dipercayai dalang utama…
Suami Isteri Warga Emas Maut, Motosikal Bertembung Kereta Di Pasir Puteh
|
Perjalanan sepasang suami isteri warga emas berakhir tragedi apabila…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!