Iran Telah Lama Bersedia Hadapi Perang Berpanjangan Selama 6 Bulan

Iran dilaporkan bersedia menghadapi kemungkinan perang berpanjangan sehingga enam bulan atau lebih, susulan kegagalan rundingan damai di Islamabad, Pakistan yang tidak mencapai sebarang persetujuan.

Menurut sumber dalam negara dan penganalisis geopolitik, Teheran kini memperkukuh keupayaan ketenteraan termasuk meningkatkan pengeluaran peluru berpandu dan dron secara besar-besaran di kemudahan rahsia yang dibina dalam kawasan pergunungan bagi mengelak pengesanan satelit serta pesawat pengintip.

Penganalisis geopolitik berpangkalan di Teheran, Ali Ahmadi yang pernah menjadi penasihat Kementerian Luar Iran berkata, negara itu telah membangunkan asas industri ketenteraan besar bagi memastikan kesinambungan peperangan jika diperlukan.

“Iran telah membina asas industri yang sangat besar khusus untuk menghasilkan peralatan ketenteraan bagi memastikan ia mampu terus berperang,” katanya kepada The Straits Times.

Bimbang Perang Berhenti, Kemudian Bersambung Semula

Menurut Ahmadi, kebimbangan utama Iran bukan semata-mata tempoh perang yang panjang, sebaliknya kemungkinan konflik berhenti seketika sebelum tercetus semula apabila pihak lawan memperkukuh strategi baharu.

“Dari sudut pandang Iran, kebimbangan bukan perang yang berlarutan. Kebimbangan mereka ialah perang berhenti dan kemudian bermula semula enam bulan kemudian apabila AS sudah bersedia dengan strategi baharu,” katanya.

Seorang pegawai antarabangsa yang berpangkalan di Teheran dan enggan dinamakan turut mendakwa Iran mampu bertahan sekurang-kurangnya sehingga September sekiranya konflik berterusan.

“Tiada kekurangan bekalan,” katanya sambil menambah Iran telah merancang lebih awal termasuk memiliki stok makanan mencukupi untuk menampung populasi selama kira-kira enam bulan.

Strategi ‘Bandar Peluru Berpandu’ Dalam Pergunungan

Laporan turut menyebut strategi ketenteraan Iran bergantung kepada rangkaian ‘bandar peluru berpandu’ yang dibina dalam kawasan pergunungan, yang menyimpan peluru berpandu, roket serta kemudahan pemasangan secara tersembunyi.

Kemudahan itu dipercayai menempatkan kilang pengeluaran yang membolehkan Iran menggantikan senjata yang musnah tanpa dikesan teknologi pengawasan moden.

Ali Ahmadi berkata, beberapa kemudahan tersebut turut mempunyai keupayaan pengeluaran lengkap di bawah tanah.

“Ia sebahagian daripada proses pembangunan Iran sejak sekian lama,” katanya.

Beliau mendakwa selepas konflik 12 hari sebelum ini, Iran mempercepatkan pemindahan rangkaian pengeluaran senjata ke bawah tanah bagi melindunginya daripada serangan udara.

Stok Peluru Berpandu, Dron Shahed Jadi Aset Utama

Penganalisis menganggarkan Iran memiliki sekitar 2,000 peluru berpandu jarak sederhana yang mampu mencapai Israel, selain stok lebih besar peluru berpandu jarak dekat untuk sasaran di rantau Teluk serta pangkalan tentera Amerika Syarikat.

Selain itu, dron jenis Shahed turut dianggap sebagai aset penting dalam strategi peperangan Iran.

Namun, pakar memberi amaran bahawa peningkatan pengeluaran senjata mungkin menjejaskan kualiti, apabila beberapa peluru berpandu dilaporkan gagal mencapai sasaran dalam fasa kemasukan semula atmosfera.

Seorang penganalisis bebas, Patricia Marins, berkata Iran kini menghasilkan dan membaik pulih peluru berpandu secara serentak.

“Iran boleh mengekalkan kadar ini untuk beberapa minggu,” katanya.

Dalam masa sama, beliau berpendapat Amerika Syarikat dan Israel juga berdepan kekangan stok peluru dan sistem pertahanan.


Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

BERSAMA Umum Bertanding Dalam Pilihan Raya Di Kelantan
|
Parti BERSAMA mengumumkan langkah memasuki arena politik Kelantan menerusi…
Delegasi Indonesia Kagum Pendekatan Pentadbiran Islam Kelantan
|
Pendekatan pentadbiran Islam yang dilaksanakan di Kelantan menarik perhatian…
Beza Usia 37 Tahun, Suami Akui Isterinya Adalah Cinta Pertama
|
Seorang lelaki berusia 27 tahun mengakui tidak pernah menyesal…
Tampar Polis Selepas Diminta Tunjuk IC, Warga Emas Dipenjara Sebulan
|
Seorang warga emas dipenjara sebulan selepas mengaku bersalah di…
Penyebaran Agama Islam di UPSI ‘ berat sebelah ‘ – Ronnie Liu
|
Bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew…
Iran Tutup Semula Selat Hormuz Susulan Serangan Maut Israel Di Lubnan
|
Iran mengumumkan penutupan semula Selat Hormuz susulan serangan Israel…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!