Tragedi Pelajar Maut Di Kota Bharu Perlu Jadi Iktibar, Elak Kecuaian – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tragedi yang meragut nyawa seorang pelajar perempuan di hadapan surau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas, Kota Bharu hari ini perlu dijadikan iktibar kepada semua pihak agar sentiasa berhati-hati serta tidak cuai dalam setiap tindakan.

Menerusi hantaran di platform X, Anwar turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Nur Fatimatul Hawa Mohd Azaudin, selain mendoakan agar seorang lagi mangsa yang cedera diberikan kesembuhan segera.

Tragedi itu berlaku apabila Nur Fatimatul Hawa yang merupakan pelajar Tingkatan Satu maut, manakala seorang lagi pelajar cedera parah selepas dirempuh sebuah kereta di hadapan surau sekolah berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.50 tengah hari itu, insiden dipercayai berlaku apabila pemandu wanita terbabit tersalah menekan pedal minyak sehingga menyebabkan kenderaan terbabas lalu melanggar dua pelajar yang sedang memakai kasut di hadapan surau, sebelum merempuh tiang batu surau tersebut.

Sementara itu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dilaporkan berkata Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memulakan proses siasatan dalaman bagi meneliti pematuhan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan kejadian itu, selain siasatan yang sedang dijalankan pihak berkuasa.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BERKAITAN: Pelajar Tingkatan Satu Maut Dirempuh Kereta Ketika Pakai Kasut Depan Surau Sekolah

SHARE:

TERKINI

Bomba Kelantan Rekod 1,509 Kes Kebakaran Terbuka Sejak Mac, Bachok Tertinggi
|
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan merekodkan peningkatan…
Kelantan Sasar Pasaran China & Singapura, Rangka Promosi Pelancongan Lebih Efektif
|
Kerajaan Negeri Kelantan kini merangka pendekatan promosi pelancongan yang…
Bengkel Kereta Di Jalan Long Yunus Kota Bharu Terbakar, Lima Kenderaan Hangus
|
Sebuah bengkel kereta di Jalan Long Yunus, Kota Bharu…
Pengeluaran Dron Serangan Iran Meningkat 10 Kali Ganda Sejak Perang
|
Kadar pengeluaran dron serangan Iran dilaporkan meningkat sehingga 10…
YIK Lahirkan 5,720 Huffaz, 432 Graduan Tahfiz Dirai Dalam Majlis Graduasi Kali Ke-16
|
Yayasan Islam Kelantan (YIK) berjaya melahirkan seramai 5,720 huffaz…
MB Manfaat Lawatan PM Sabtu Ini, Bincang Pembangunan Perlu Disegerakan
|
Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke…
Jawatan Kosong Kelantan