109 mangsa lemas Kelantan, Bomba ingatkan supaya berwaspada

KOTA BHARU – Orang ramai diingatkan supaya berwaspada ketika beriadah sepanjang musim cuti sekolah, khususnya di kawasan sungai, jeram dan pantai yang berisiko berlaku kepala air serta kejadian lemas.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Farhan Sufyan Borhan berkata, kawasan seperti Jeli, Kuala Krai dan Bachok dikenal pasti antara lokasi berisiko tinggi.

“Kami tidak menghalang masyarakat untuk beriadah, namun kesiapsiagaan dan sikap peka terhadap keadaan sekeliling perlu diutamakan walaupun ketika Monsun Barat Daya, kerana hujan masih kerap berlaku,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Perhimpunan Kali Ke-5 Tahun 2025 di JBPM Kelantan Tunjung, Isnin.

Beliau berkata, keadaan cuaca tidak menentu boleh membawa risiko lemas serta kejadian tidak diingini. Dalam tempoh lima tahun, sebanyak 109 mangsa dilaporkan terkorban akibat lemas di Kelantan, angka yang disifatkan membimbangkan.

“Dari semasa ke semasa, pihak kami akan terus memberikan kesedaran kepada masyarakat bagi memastikan perkara sama tidak berulang,” katanya.

#KelantanDaily
Sumber: Sinar Harian

TERKINI

Kisah Bekas Bintang Filem Dewasa Dari Jepun Memeluk Islam Selepas Lawatan Ke Malaysia
|
Nama Kae Asakura atau lebih dikenali sebagai Rae Lil…
APM Ambil Masa Lebih 5 Jam Pindahkan Pesakit Obesiti 180kg Di Pasir Mas
|
Angkatan Pertahanan Awam (APM) mengambil masa lebih lima jam…
Pilihan Raya Negeri SG4 Dijangka Diadakan Serentak Dengan PRU16
|
Empat negeri yang ditadbir Perikatan Nasional (PN) iaitu Kelantan,…
200 Unit Vape Bernilai RM20,000 Dirampas Di Tepi Sungai Golok
|
Cubaan menyeludup 200 unit peranti vape ke Thailand gagal…
RESET Himpun 20,000 Penyokong, Fokus Bantu PAS Menang PRU
|
Pimpinan Gerakan RESET menegaskan mereka berjaya menghimpunkan kira-kira 20,000…
Kelantan Catat Kadar Penagih, Penyalahgunaan Dadah Tertinggi – AADK
|
Kelantan terus merekodkan kadar tertinggi penyalahgunaan dadah di Malaysia…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!