PKR Arah Dua Wakil MPPWP Letak Jawatan Susulan Dakwaan Pemerasan

Dua individu daripada Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) Wangsa Maju diarahkan melepaskan jawatan masing-masing serta-merta susulan penularan video berkaitan dakwaan meminta wang perlindungan daripada sebuah premis perniagaan.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Azman Abidin berkata keputusan terhadap dua individu itu dicapai dalam mesyuarat Biro Politik PKR Wilayah Persekutuan hari ini.

Menurutnya, langkah tersebut diambil bagi memberi laluan sepenuhnya kepada siasatan polis dan siasatan dalaman parti tanpa sebarang gangguan.

“Parti tidak akan bertolak ansur dan tidak akan melindungi mana-mana ahli atau wakil yang terlibat dalam amalan pemerasan, wang perlindungan atau salah guna kuasa. Keadilan mesti bermula dari dalam parti sendiri.

“Biro Politik juga mengarahkan Jawatankuasa Disiplin PKR Wilayah Persekutuan menjalankan siasatan dalaman secara menyeluruh dan melaporkan dapatan kepada Biro Politik dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Siasatan Dalaman PKR Digerakkan

Azman turut mengingatkan semua ahli dan wakil parti bahawa kedudukan sebagai wakil penduduk merupakan amanah rakyat yang perlu dilaksanakan dengan penuh integriti.

Katanya, sebarang penyelewengan akan ditangani dengan tegas tanpa kompromi, selain menegaskan PKR akan terus memperjuangkan tadbir urus bersih, telus dan berkeadilan di Wilayah Persekutuan.

DBKL Disaran Pantau Pusat Urut

Dalam perkembangan sama, Biro Politik PKR turut menyarankan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya memantau aktiviti pusat urut di kawasan Wangsa Maju dengan lebih teliti, bagi memastikan tiada pelanggaran peraturan, undang-undang atau syarat lesen premis berlaku.

Terdahulu, tular satu video di media sosial memaparkan dua individu yang didakwa meminta wang perlindungan daripada sebuah premis perniagaan dipercayai di ibu negara.


Sumber: Bernama

SHARE:

TERKINI

Penemuan Mayat Wanita Tertiarap Dengan Kesan Tikaman Di Atas Jalan Di Ketereh
|
Penduduk sekitar Ketereh dikejutkan dengan penemuan mayat seorang wanita…
10 Rakyat Malaysia Dalam Misi Global Sumud Flotilla 2.0 Ditahan Tentera Zionis
|
Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan 10 rakyat Malaysia…
Pelajar Parah Dirempuh SUV Di SMK Tanjong Mas Dibenar Keluar Hospital
|
Pelajar perempuan tingkatan satu yang sebelum ini parah selepas…
Langgar Kereta Polis, Pacuan Empat Roda Ditembak Dua Das Sebelum Pemandu Ditahan
|
Polis melepaskan dua das tembakan ke arah tayar sebuah…
Lelaki OKU Mental Didakwa Bunuh Bapa Di Baung Bayam
|
Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) mental dihadapkan ke…
Fenomena Bau Asap Waktu Malam Di Kota Bharu Dan Bachok Cetus Tanda Tanya
|
Sejak beberapa malam kebelakangan ini, penduduk sekitar Kota Bharu…
Jawatan Kosong Kelantan