Polis Nasihat Guna Laluan Sah, Elak Rentas Sungai Golok Secara Haram Musim Raya

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan penduduk di sepanjang Sungai Golok di sempadan Malaysia-Thailand supaya menggunakan laluan sah sekiranya ingin menziarahi saudara-mara sempena Aidilfitri.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, pihaknya mengambil serius kemungkinan peningkatan aktiviti rentas sempadan secara tidak sah, terutama apabila paras air Sungai Golok kini semakin cetek.

Menurutnya, keadaan itu boleh membuka ruang kepada segelintir pihak untuk menyeberang secara haram, lebih-lebih lagi ketika musim perayaan.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak melanggar undang-undang dan sentiasa menggunakan laluan sah bagi mengelakkan tindakan tegas diambil,” katanya.

Beliau berkata, penguatkuasaan dan pemantauan akan dipertingkatkan di kawasan panas yang sering menjadi laluan tidak rasmi bagi penduduk tempatan serta rakyat Thailand.

Sehubungan itu, orang ramai digesa menggunakan kemudahan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) yang sah seperti di Rantau Panjang, Pengkalan Kubor dan Bukit Bunga.

Dalam perkembangan berkaitan, Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) menjangkakan kira-kira 50,000 pengembara akan menggunakan Kompleks ICQS Rantau Panjang dalam tempoh tiga hari sebelum dan selepas Aidilfitri.


Sumber: Bernama

SHARE:

TERKINI

Dua Lelaki Ditahan Guna Pangkalan Haram Selepas Pulang Berhibur Di Golok
|
Dua lelaki ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) selepas dikesan…
PAS Arah Ahli Undi Calon BN Di Kawasan Tiada Calon Perikatan Nasional
|
Parti Islam Se-Malaysia (Pas) secara rasmi telah mengeluarkan arahan…
Wanita Kritikal Selepas Dipercayai Terkena Renjatan Ketika Curi Kabel
|
Seorang wanita mengalami kecederaan parah selepas dipercayai terkena renjatan…
‘Saya Sihat Hanya Perlukan Masa Untuk Bertenang’ – Nor Afiza
|
Seorang wanita yang dilaporkan hilang selepas keluar rumah untuk…
Anggap Jadi Penghalang, Ibu Bersubahat Dengan Kekasih Bunuh Anak Sendiri
|
Seorang wanita di Meerut, India ditahan polis selepas disyaki…
‘Tsunami Durian’: Harga Musang King Jatuh Sehingga 90 Peratus, Ini Puncanya
|
Musim durian tahun ini membawa khabar gembira kepada pencinta…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!