Cuaca Panas Berpanjangan, Paras Air Empangan Bukit Kwong Turun Bawah Normal

Cuaca panas berpanjangan ketika ini menyebabkan paras air Empangan Bukit Kwong di Rantau Panjang dilaporkan berada di bawah paras normal, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap situasi bekalan air di Kelantan.

Bacaan paras air empangan berkenaan direkodkan pada 15.47 meter, berbanding paras normal 16.76 meter.

Berdasarkan maklumat daripada laman rasmi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menerusi portal publicinfobanjir.water.gov.my, beberapa sungai utama di Kelantan turut menunjukkan bacaan paras air yang lebih rendah daripada paras normal.

Beberapa Sungai Utama Turut Menurun

Antara sungai yang direkodkan berada di bawah paras normal ialah Sungai Golok di Rantau Panjang, dengan bacaan 3.23 meter berbanding paras normal 5 meter.

Selain itu, Sungai Golok di Kampung Jenob, Tanah Merah turut berada di bawah paras normal dengan bacaan 18.23 meter, berbanding normal 19 meter.

Bacaan paras air Sungai Kelantan di Kuala Krai pula direkodkan pada 15.63 meter berbanding paras normal 17 meter.

Sungai Galas Dan Sungai Kelantan Juga Terjejas

Keadaan sama turut direkodkan di Sungai Galas di Dabong, Kuala Krai yang mencatat bacaan 25.28 meter, berbanding paras normal 28 meter.

Manakala Sungai Kelantan di Tambatan Diraja, Kota Bharu pula berada pada bacaan 0.23 meter, berbanding paras normal 1 meter.

Dua Lagi Sungai Bawah Paras Normal

Dalam perkembangan sama, dua lagi sungai yang berada di bawah paras normal ialah Sungai Melor di Bachok dan Sungai Semerak di Pasir Puteh, masing-masing mencatat bacaan 5.29 meter dan 2 meter.

Situasi ini dilihat berkait rapat dengan cuaca panas yang berpanjangan dan kekurangan hujan, sekali gus memerlukan pemantauan berterusan bagi mengelakkan sebarang gangguan bekalan air kepada penduduk.


Sumber: Bernama

TERKINI

Inspektor Polis Didakwa Minta, Terima Suapan RM12,000 Di Jeli
|
Seorang pegawai polis berpangkat inspektor didakwa di Mahkamah Sesyen…
Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
KRW FC Tangguh Pengambilan Pemain Baharu, Tunggu Isu Teknikal Selesai
|
Ketua Jurulatih Kelantan Red Warriors (KRW) FC, Irfan Bakti…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!