Lelaki Maut Perodua Myvi Bertembung Kenderaan JPJ Di Tanah Merah

Seorang lelaki maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kampung Banggol Jering, Ayer Lanas, Tanah Merah petang Jumaat.

Mangsa dikenali sebagai Mursyid Azmi, 25, yang juga anak kepada editor kanan Astro Awani.

Kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu melibatkan sebuah Perodua Myvi yang dipandu mangsa dengan sebuah Toyota Fortuner milik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Mangsa dilaporkan parah dan tersepit di tempat duduk pemandu sebelum berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan khas oleh anggota bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kemahang, Pegawai Bomba Tinggi II Disagar Mani Mustafa berkata, mangsa kemudian diserahkan kepada pasukan perubatan untuk dihantar ke Hospital Jeli.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia selepas itu.

Difahamkan, mangsa bersama dua penumpang lain sedang dalam perjalanan dari Ipoh ke Kelantan.

Sementara itu, Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan berkata kereta yang dipandu mangsa terbabas memasuki lorong kanan dan melanggar kereta dipandu anggotanya pada bahagian sisi sebelah kanan.

Pemandu dan penumpang Toyota Fortuner dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.


Sumber: Berita Harian, Bernama

SHARE:

TERKINI

Polis Kelantan Berjaya Selesaikan Kes Pelajar Ditikam Kurang Dari 24 Jam
|
Kes pembunuhan tragis membabitkan seorang pelajar kolej wanita berusia…
“Hedonisme Melampau Bukan Budaya Malaysia” – Exco Kelantan Kritik Pesta Air Bukit Bintang
|
Isu penganjuran Pesta Air Bukit Bintang yang didakwa mencetuskan…
Cemburu Dipercayai Punca Pelajar Kolej Ditikam 61 Kali Di Ketereh, Polis Sifatkan Kes Selesai
|
Motif cemburu dipercayai menjadi punca pembunuhan seorang pelajar kolej…
Belalang Kerek Bukan Sekadar Hobi, Main Peranan Dalam Ekosistem
|
Fenomena memelihara dan mempertandingkan serangga eksotik dikenali sebagai “belalang…
Gadis Ditikam 61 Kali Keluar Makan Dengan 2 Suspek, Muat Naik Status WhatsApp Jam 11 Malam
|
Kes pembunuhan penuntut kolej wanita yang ditemukan mati dengan…
“Baru Sabtu Lepas Kami Hantar Dia…” Abang Mangsa 61 Tikaman Luah Sebak
|
“Baru Sabtu minggu lalu kami hantar adik menyambung semester…
Jawatan Kosong Kelantan