Rumah Musnah Terbakar, Ibu Bersama Tiga Anak Berteduh Bawah Khemah Di Bachok

Seorang ibu bersama tiga anaknya terpaksa meneruskan kehidupan dengan berlindung di bawah khemah selepas rumah yang didiami sejak lebih empat dekad di Kampung Mujur, Jelawat, Bachok musnah dalam kebakaran pada 8 Mac lalu.

BERKAITAN: Lelaki OKU Mental Maut Dalam Kebakaran Rumah di Jelawat, Bachok


Rohani Mohamad, 66, berkata dia tiada pilihan selain tinggal di kawasan rumah lama itu kerana tidak mahu menyusahkan saudara-mara walaupun terpaksa hidup dalam keadaan serba kekurangan.

Menurutnya, dua daripada anaknya merupakan individu Orang Kurang Upaya (OKU) mental yang memerlukan pengambilan ubat secara berkala.

“Dua lagi anak saya adalah OKU mental. Mereka ambil ubat, tapi saya bimbang kami akan menyusahkan orang lain.

“Biarlah kami berada di sini walaupun terpaksa berpanas, bertemankan nyamuk dan kadang kala ular yang muncul dari kawasan semak berhampiran,” katanya ketika ditemui pada Isnin.


Hilang Tempat Tinggal Dan Kenderaan

Ibu kepada enam anak itu berkata kebakaran berkenaan bukan sahaja memusnahkan rumah mereka, malah turut memusnahkan dua buah kereta dan tiga motosikal.

Walaupun hidup dalam serba kekurangan, beliau dan anak-anak tetap reda dengan dugaan yang menimpa mereka.


Aidilfitri Tidak Lagi Bermakna

Menurut Rohani Mohamad, sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini juga tidak lagi bermakna buat mereka selepas tragedi kebakaran itu turut meragut nyawa anak keduanya, Che Mohamad Faizul Che Sulaiman, 41, yang juga seorang OKU mental.

“Sekarang ini kami hanya berdoa agar cepat dapat rumah sewa yang dekat dengan lokasi sekarang.

“Rumah lama ini hanya tinggal kenangan terutama bersama arwah suami, Che Sulaiman yang meninggal dunia 13 tahun lalu serta anak kami,” katanya.


Orang Ramai Hulur Bantuan

Rohani Mohamad berkata mereka bersyukur kerana masih ada saudara-mara serta orang ramai yang datang menghulurkan bantuan makanan.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun Maybank 006128744105 atas nama Che Mohd Rizal.


Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

“Baru Sabtu Lepas Kami Hantar Dia…” Abang Mangsa 61 Tikaman Luah Sebak
|
“Baru Sabtu minggu lalu kami hantar adik menyambung semester…
Kes Pelajar Wanita Ditikam 61 Kali Di Ketereh: Dua Suspek 19 Tahun Ditahan Polis
|
Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kes kematian…
“Bersyukur Masih Hidup…” Penjaga Lembu Ditembak Di Pipi Tak Serik Terus Bekerja
|
“Bersyukur masih hidup.”Itu perkara pertama yang terlintas di fikiran…
Identiti Gadis Ditikam 61 Kali Diketahui, Pelajar Kolej Di Kota Bharu Dari Perak
|
Identiti gadis yang ditemukan maut dengan 61 kesan tikaman…
Wanita Ditemui Maut Di Ketereh Pakai Rantai Leher Ukiran Nama “SYAA”
|
Kes penemuan mayat seorang wanita di Kampung Simah, Ketereh,…
Saksi Nampak Kecederaan Di Muka Dan Leher, Penemuan Mayat Wanita Di Ketereh Diklasifikasikan Kes Bunuh
|
Penemuan mayat seorang wanita di jalan Kampung Kubang Kiat,…
Jawatan Kosong Kelantan