JKR Saran Perantau Kelantan Guna LPT Dan LRTB Elak Kesesakan Di Gua Musang

Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan menyarankan perantau yang pulang menyambut Hari Raya Aidilfitri supaya menggunakan laluan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dan Lebuhraya Timur Barat (LRTB) bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di Gua Musang.

Pengarah JKR Kelantan, Nik Badlihisham Nik Ismail berkata lencongan sementara berhampiran Taman Wangi yang sudah dibaiki dan diturap bukan jaminan dapat menyelesaikan masalah kesesakan pada musim perayaan.


Pertambahan Kenderaan Punca Sesak

Menurut beliau, selain faktor struktur jalan, kesesakan juga berpunca daripada pertambahan jumlah kenderaan yang memasuki Kelantan melalui daerah tersebut.

“Saya menjangkakan kesesakan akan bermula Rabu ini kerana ada yang menjangkakan raya pada Jumaat,” katanya ketika dihubungi.


Elak Laluan Alternatif Tidak Selamat

Dalam masa sama, beliau turut menasihatkan pengguna Jalan Gua Musang-Lojing supaya mengelakkan laluan alternatif yang dibina oleh pekebun atau pemilik tanah persendirian kerana tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan oleh JKR.


Jalan Sementara Pos Blau Dijangka Siap Jun

Sementara itu, jalan sementara di Kilometer 45 Jalan Gua Musang-Lojing berhampiran Pos Blau dijangka siap pada akhir Jun ini.

Kerja pembaikan jalan tersebut dijangka bermula pada penghujung Mac dan mengambil masa kira-kira tiga bulan untuk disiapkan.

Sebelum ini, laluan berkenaan ditutup kepada semua kenderaan pada 3 Disember tahun lalu susulan kejadian tanah runtuh.


Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

“Baru Sabtu Lepas Kami Hantar Dia…” Abang Mangsa 61 Tikaman Luah Sebak
|
“Baru Sabtu minggu lalu kami hantar adik menyambung semester…
Kes Pelajar Wanita Ditikam 61 Kali Di Ketereh: Dua Suspek 19 Tahun Ditahan Polis
|
Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kes kematian…
“Bersyukur Masih Hidup…” Penjaga Lembu Ditembak Di Pipi Tak Serik Terus Bekerja
|
“Bersyukur masih hidup.”Itu perkara pertama yang terlintas di fikiran…
Identiti Gadis Ditikam 61 Kali Diketahui, Pelajar Kolej Di Kota Bharu Dari Perak
|
Identiti gadis yang ditemukan maut dengan 61 kesan tikaman…
Wanita Ditemui Maut Di Ketereh Pakai Rantai Leher Ukiran Nama “SYAA”
|
Kes penemuan mayat seorang wanita di Kampung Simah, Ketereh,…
Saksi Nampak Kecederaan Di Muka Dan Leher, Penemuan Mayat Wanita Di Ketereh Diklasifikasikan Kes Bunuh
|
Penemuan mayat seorang wanita di jalan Kampung Kubang Kiat,…
Jawatan Kosong Kelantan