Dron Canggih Mampu ‘Zoom’ 200 Kali Bagi Kesan Pesalah Trafik Akan Dimulakan Di Kelantan – JPJ

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menggunakan dron berteknologi tinggi yang mampu melakukan pembesaran sehingga 200 kali bagi mengesan kesalahan pengguna jalan raya termasuk membaca nombor pendaftaran kenderaan secara jelas dari udara.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, berkata dron berdefinisi tinggi itu akan digunakan dalam Ops Hari Raya Aidilfitri yang dijadual bermula pada 13 Mac ini.

Menurut beliau, penggunaan teknologi tersebut akan dimulakan di Kelantan sebelum diperluaskan ke seluruh negara bagi meningkatkan keberkesanan pemantauan serta penguatkuasaan di jalan raya.

“Ia mampu melakukan zoom hingga 200 kali, sekali gus boleh melihat nombor plat kenderaan yang melakukan kesalahan selain merakam video dan gambar yang disimpan secara automatik dalam storan.

“Rakaman tersebut boleh dijadikan bukti sebelum tindakan penguatkuasaan diambil terhadap pesalah trafik melalui Notis 114,” katanya kepada pemberita pada Ahad.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penerapan Nilai-nilai Murni dan Singgah Sahur di Stesen Penguat Kuasa (SPK) Labok di sini.

Turut hadir ialah Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan dan Pengarah JPJ Kelantan, Misuari Abdullah.

Menurut Aedy Fadly, setakat ini JPJ mempunyai lima dron untuk tujuan pemantauan, namun hanya satu daripadanya merupakan dron berteknologi tinggi yang kini digunakan di Kelantan.

Katanya, dron tersebut telah digunakan sejak beberapa bulan lalu bagi memantau serta mengesan kesalahan pengguna jalan raya dalam operasi yang dijalankan di negeri itu.

Beliau turut memaklumkan bahawa semua anggota yang mengendalikan peralatan berkenaan perlu menjalani latihan serta memiliki lesen yang sah.

“Sesiapa yang tidak mempunyai lesen tidak dibenarkan mengendalikan dron ini.

“Buat masa ini kita mulakan dengan JPJ Kelantan terlebih dahulu sebelum penggunaan dron ini diperluaskan ke negeri-negeri lain,” katanya.


Tambahnya, empat lagi dron yang dimiliki JPJ juga akan digunakan sepanjang Ops Hari Raya Aidilfitri, namun keupayaan pengesanannya tidak setinggi dron berteknologi tinggi yang digunakan di Kelantan.

Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Kerajaan Akan Naikkan Jumlah Bantuan SARA Dalam Masa Terdekat – PM
|
Kerajaan memberi bayangan bahawa kadar Sumbangan Asas Rahmah (SARA)…
Proton Saga Terbakar Di Persimpangan Lampu Isyarat Lapangan Terbang Pengkalan Chepa
|
Sebuah kereta Proton Saga berwarna putih terbakar di persimpangan…
Empat Pengedar Dadah Bergelut Dengan Polis Sebelum Dicekup di Jelawat
|
Cubaan empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam kegiatan pengedaran…
Baru Sehari Dapat Sijil Kejuruteraan, Pemuda Maut Dilanggar Warga Asing
|
Perjalanan pulang seorang lelaki dari tempat kerja berakhir dengan…
PDRM Kelantan Catat Penurunan Jenayah Indeks Dan Kes Narkotik
|
Kadar jenayah indeks di Kelantan terus menunjukkan trend positif…
Polis Johor Rampas Methamphetamine RM3.04 Juta, Remaja 16 Tahun Antara Lapan Ditahan
|
Seorang remaja berusia 16 tahun antara ditahan dipercayai menjadi…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!