Beras tempatan kurang laku, kajian sedang dibuat – Mat Sabu

KOTA BHARU – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sedang menjalankan kajian mendalam berhubung isu beras tempatan yang kurang mendapat sambutan di pasaran, susulan harga yang tidak banyak berbeza dengan beras import.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata perbandingan harga menyebabkan sebahagian pengguna lebih cenderung membeli beras import walaupun harga beras tempatan ditetapkan sekitar RM26 bagi pek 10 kilogram.

“Beras kita ada masalah kerana terlalu murah dan pada masa sama bersaing dengan beras import. Apabila harga import tidak jauh beza dengan harga tempatan, beras tempatan mula ditinggalkan.

“Justeru, kita perlu buat kempen membeli beras tempatan agar orang ramai kembali memilih produk kita,” katanya selepas Majlis Pelancaran Bank Bergerak dan Kampung Angkat MADANI di Kampung Pantai Mek Mas, di sini hari ini.

Turut hadir, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin.

Sebelum ini, media melaporkan KPKM sentiasa memantau harga runcit beras putih tempatan supaya kekal pada kadar RM2.60 sekilogram, sementara kajian semula dilaksanakan bagi menggantikan Program Khas Beras Putih Tempatan (BPT) Bersubsidi yang telah ditamatkan.

Dalam pada itu, mengulas mengenai penamatan subsidi telur ayam, Mohamad berkata harga telur masih terkawal biarpun subsidi dihentikan sepenuhnya sejak 1 Ogos lalu.

“Alhamdulillah, setakat ini harga telur terkawal. Cuma bila membabitkan hal makanan, kita tidak boleh kata semuanya selesai, kita hanya boleh kata reda dan lega,” katanya.

Kerajaan sebelum ini memaklumkan subsidi telur dihentikan sepenuhnya mulai 1 Ogos selepas pengurangan kadar subsidi daripada 10 sen kepada lima sen sebiji yang bermula pada 1 Mei. Penstrukturan semula itu bertujuan memastikan bantuan disasarkan kepada golongan benar-benar memerlukan.

#KelantanDaily
Sumber: Bernama

TERKINI

Kisah Bekas Bintang Filem Dewasa Dari Jepun Memeluk Islam Selepas Lawatan Ke Malaysia
|
Nama Kae Asakura atau lebih dikenali sebagai Rae Lil…
APM Ambil Masa Lebih 5 Jam Pindahkan Pesakit Obesiti 180kg Di Pasir Mas
|
Angkatan Pertahanan Awam (APM) mengambil masa lebih lima jam…
Pilihan Raya Negeri SG4 Dijangka Diadakan Serentak Dengan PRU16
|
Empat negeri yang ditadbir Perikatan Nasional (PN) iaitu Kelantan,…
200 Unit Vape Bernilai RM20,000 Dirampas Di Tepi Sungai Golok
|
Cubaan menyeludup 200 unit peranti vape ke Thailand gagal…
RESET Himpun 20,000 Penyokong, Fokus Bantu PAS Menang PRU
|
Pimpinan Gerakan RESET menegaskan mereka berjaya menghimpunkan kira-kira 20,000…
Kelantan Catat Kadar Penagih, Penyalahgunaan Dadah Tertinggi – AADK
|
Kelantan terus merekodkan kadar tertinggi penyalahgunaan dadah di Malaysia…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!