JKM Selamatkan 13 Gelandangan Termasuk 6 Warga Asing Dalam Operasi Di Kota Bharu

Seramai 13 gelandangan termasuk enam warga asing diselamatkan dalam satu operasi bersepadu bagi membanteras kegiatan mengemis di beberapa lokasi sekitar bandar Kota Bharu, semalam.

Operasi tersebut dijalankan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan di sekitar Kota Bharu.

Pengarah JKM Kelantan, Che Samsuzuki Che Noh berkata kesemua individu yang diselamatkan itu berusia antara 30 hingga 75 tahun.

Menurut beliau, mereka dikesan berada di beberapa kawasan tumpuan orang ramai termasuk bank, pasar dan masjid.

“Mereka dipercayai menjalankan aktiviti mengemis di lokasi tumpuan orang ramai dan sedikit sebanyak menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat.

“Tindakan diambil di bawah Akta Orang-Orang Papa 1977 kerana melakukan aktiviti mengemis, merayau serta menimbulkan kacau ganggu di kawasan awam,” katanya kepada pemberita hari ini.

Operasi Libatkan Beberapa Agensi

Operasi yang bermula sekitar 10 pagi itu melibatkan kerjasama beberapa agensi.

Antaranya 14 pegawai JKM, 10 anggota Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), lima pegawai Jabatan Imigresen Malaysia serta empat anggota Polis Diraja Malaysia.

Siasatan Lanjut Akan Dijalankan

Che Samsuzuki berkata pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut terhadap kesemua individu terbabit sebelum tindakan seterusnya diambil mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Dalam masa sama, enam warga asing yang ditahan turut diserahkan kepada Jabatan Imigresen negeri untuk tindakan lanjut.

Beliau turut memaklumkan bahawa jumlah pengemis warga asing yang memasuki negeri ini dilihat semakin berkurangan tahun ini, berkemungkinan disebabkan penutupan pangkalan haram.


Sumber: Bernama

SHARE:

TERKINI

Bayi 11 Bulan Meninggal Dunia Selepas Terjatuh Dari Kerusi Di Rumah Pengasuh
|
Seorang bayi perempuan berusia 11 bulan disahkan meninggal dunia…
Tujuh Beranak Di Tumpat Lega Gangguan Mistik Hilang Selepas Sebulan
|
Sebuah keluarga tujuh beranak di Kampung Kutan Sungai, Tumpat…
SMKA Naim Lilbanat Sekolah Pertama Di Kelantan Miliki Kelas Berasaskan AI
|
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Naim Lilbanat, Kota Bharu…
Durian Serendah RM1.30 Sekilo Di Tumpat, Harga Esok Ditentukan Pembeli
|
Lambakan durian musim ini memberi rezeki kepada pencinta raja…
Suami Tetak Isteri Guna Parang Sebab Tegur Jiran Lelaki
|
Seorang suri rumah berusia 40 tahun cedera parah selepas…
KRW FC Terima Suntikan Penajaan Baharu Daripada Raja Perfume
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) terus menerima sokongan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!