Dua Pekerja Taska Direman 7 Hari Bantu Siasatan Kematian Bayi 4 Bulan

Dua pekerja sebuah pusat jagaan kanak-kanak direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang bayi lelaki berusia empat bulan di sebuah pusat jagaan 24 jam di kawasan Hospital Seberang Jaya pada Isnin.

Perintah reman terhadap kedua-dua wanita berusia 22 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Roshayati Radellah selepas permohonan dibuat pihak polis di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam pada Selasa.

Terdahulu, kedua-dua suspek tiba di pekarangan mahkamah kira-kira jam 8.35 pagi dengan menaiki van polis.

Mereka yang memakai pakaian lokap berwarna ungu dan bergari dilihat cuba menutup wajah masing-masing menggunakan tangan bagi mengelakkan dirakam pihak media.

Bayi Ditemukan Tidak Sedarkan Diri

Sebelum ini, media melaporkan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail mengesahkan polis telah membuka kertas siasatan mengikut kes bunuh susulan kematian bayi tersebut.

Mangsa, Hayl Haarith Mohd Syafaeez ditemukan tidak sedarkan diri di pusat jagaan bayi 24 jam yang terletak dalam kawasan Hospital Seberang Jaya pada awal pagi Isnin.

Bayi itu kemudian dikejarkan ke jabatan kecemasan hospital berkenaan kira-kira jam 4 pagi selepas ibunya, Ummu Habibah Wahab, 30, yang juga seorang jururawat bertugas syif malam menerima panggilan memaklumkan wajah anaknya bertukar kebiruan.

Usaha Selamatkan Mangsa Gagal

Pasukan perubatan dilaporkan menjalankan prosedur resusitasi kardiopulmonari selama kira-kira sejam bagi menyelamatkan mangsa, namun bayi tersebut gagal diselamatkan.

Difahamkan, bayi berkenaan baru sahaja dihantar ke pusat jagaan itu selepas ibunya kembali bertugas selepas tamat tempoh berpantang.


Mangsa juga merupakan anak sulung pasangan tersebut.

Keluarga Tuntut Keadilan

Sementara itu, keluarga bayi terbabit menuntut keadilan atas kematian kanak-kanak tersebut.

Bapanya, Mohd Syafaeez Mat Liki, 35, menegaskan bahawa dia tidak akan memaafkan individu yang bertanggungjawab terhadap kematian anaknya.

BERKAITAN: Taska Maklum Anak Lemas Dalam Tidur, Bapa Dedah Kecederaan Mencurigakan Bayi 4 Bulan

Sumber: Sinar Harian, Kosmo

SHARE:

TERKINI

Dulu Bergelumang Najis, Abbe Hae Kongsi Perkembangan Terbaru Pak Din
|
Kisah seorang warga emas yang pernah tular sebelum ini…
Kakitangan Kerajaan Negeri Kelantan Bebas Rasuah, Tiada Yang Didakwa SPRM
|
Kerajaan negeri Kelantan menegaskan bahawa tiada seorang pun kakitangannya…
Mahkamah Tolak Permohonan Reman 4 Suspek Kes Tembak Penjaga Lembu Felda Kemahang 1
|
Mahkamah Majistret Tanah Merah hari ini menolak permohonan reman…
Suri Rumah Direman 5 Hari, Kes Rampasan 5 Senjata Api Termasuk M16 Di
|
Seorang suri rumah direman selama lima hari bagi membantu…
Lelaki Cuba Lari Selepas Menyeberang Dari Thailand, 402 Pil Yaba Dirampas
|
Pasukan Strike Force Kompeni B Batalion 9 Pasukan Gerakan…
Dibayar RM4,000 Bawa 5Kg Ganja Dari Thailand Ke Kuala Lumpur, 2 Lelaki Ditahan Di Rantau Panjang
|
Pasukan Strike Force/Tiger Platoon Kompeni A Batalion 9 Pasukan…
Jawatan Kosong Kelantan