Laluan LTU Gua Musang–Merapoh Ditutup 8 Hari Bermula Esok Untuk Kerja Penurapan

Laluan utama di Jalan Persekutuan FT008 yang menghubungkan Gua Musang ke Merapoh akan ditutup selama lapan hari bermula esok hingga 14 Mac bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penurapan jalan lencongan berhampiran Taman Wangi.

Penutupan laluan itu merupakan sebahagian daripada pelaksanaan projek Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) yang melibatkan Pakej 3B dan 3C di kawasan berkenaan.

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan, Nik Badlihisham Nik Ismail berkata, penutupan jalan tersebut melibatkan kedua-dua arah dari persimpangan Taman Wangi hingga ke simpang Hospital Gua Musang.

Menurut beliau, pengguna jalan raya dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal sepanjang tempoh penutupan tersebut.

“Sepanjang tempoh itu, pengguna jalan raya perlu mematuhi papan tanda keselamatan dan arahan petugas di lokasi bagi memastikan kelancaran trafik,” katanya ketika dihubungi.

Tambahnya, jalan berkenaan dijangka dibuka semula kepada semua kenderaan pada 14 Mac selepas kerja-kerja penurapan selesai dilaksanakan.

Sebelum ini, isu jalan rosak dan kesesakan di laluan projek LTU Pakej 3B dan 3C di Gua Musang dilaporkan mendapat perhatian serius Kementerian Kerja Raya susulan aduan orang ramai sejak kebelakangan ini.


Sumber: Kosmo

SHARE:

TERKINI

Johor Rasmi Bubar DUN, PRN Ke-16 Bakal Diadakan
|
Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 rasmi dibubarkan berkuat…
Cucu Arwah Tok Guru Nik Aziz Dakwa Ditampar Senator
|
Cucu kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Nik Abdul…
Annuar Musa Dedah Punca Undur Diri Dari KTRW, Bakal Terajui Kelantan City
|
Bekas Presiden Kehormat Kelantan The Real Warriors, Tan Sri…
Kelantan Berpotensi Jadi Hab Tenaga Hijau Negara
|
Kelantan dilihat mempunyai potensi geografi dan cuaca yang besar…
Mufti Kelantan Sifatkan Sambutan Hari Jadi Bertema Bunian Sebagai Kufur Nikmat
|
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menyifatkan sambutan hari…
13 Warga Myanmar Ditahan Di Jeli, Bayar RM3,500 Kepada Ejen Untuk Masuk Malaysia
|
Seramai 13 warga Myanmar termasuk dua kanak-kanak lelaki ditahan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!