Panas Melampau Di Kelantan Dan Terengganu, Suhu Cecah 38 Darjah Celcius

Cuaca panas melampau yang melanda Kelantan dan Terengganu ketika ini diibaratkan seperti berada “sebelah matahari” apabila suhu dilaporkan mencecah sehingga 38 darjah Celsius sejak beberapa hari lalu.

Keadaan itu bukan sahaja menguji ketahanan fizikal orang ramai, malah memberi cabaran tambahan kepada umat Islam yang sedang menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadan.

Tinjauan di media sosial mendapati ramai penduduk mengeluh dengan keadaan cuaca yang terlalu panas terutama dari tengah hari hingga ke petang.

Rata-rata menyifatkan bahang kali ini lebih terik berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Seorang pengguna Facebook, Haziq Manaf menulis, pukul 12 tengah hari rasa seperti berdiri di depan dapur kayu.

“Ini puasa pula tu, memang betul-betul ujian,” katanya.

Seorang lagi pengguna, Siti Aisyah Omar turut berkongsi pengalaman sama.

“Aircond pun rasa tak mampu lawan panas. Kelantan sekarang macam duduk sebelah matahari,” tulisnya.

Difahamkan, keadaan tersebut berpunca daripada cuaca kering berpanjangan serta kurang litupan awan di kebanyakan kawasan Pantai Timur.

Orang ramai dinasihatkan supaya mengurangkan aktiviti luar, memperbanyakkan minum air ketika waktu berbuka dan bersahur serta sentiasa memantau tahap kesihatan masing-masing.


Dalam masa sama, penduduk berharap keadaan cuaca kembali reda dalam tempoh terdekat agar ibadah Ramadan dapat dilaksanakan dengan lebih selesa.

Sumber: Kosmo

SHARE:

TERKINI

Fenomena Bau Asap Waktu Malam Di Kota Bharu Dan Bachok Cetus Tanda Tanya
|
Sejak beberapa malam kebelakangan ini, penduduk sekitar Kota Bharu…
Mangsa Ditembak Pencuri Lembu Di Ladang Kemahang Dibenar Pulang
|
Mangsa yang parah ditembak dipercayai pencuri lembu dalam kejadian…
Bukan Lagi Untuk Kayangan, HPUSM Tawar IVF Dengan Kos Jauh Lebih Rendah
|
Rawatan persenyawaan in vitro (IVF) kini bukan lagi sesuatu…
PGA Serbu Kilang Kayu Di Kuala Krai, Rampas Kayu Tidak Bercukai Bernilai RM1 Juta
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) menyerbu sebuah kilang kayu yang…
Cuaca Panas Buatkan Itik ‘Merajuk’ Enggan Bertelur, Hilang Selera Makan
|
Seorang penternak itik telur di Kampung Sering, Kota Bharu…
‘Lebih Melayu Daripada Melayu’, Kisah Hidup Prof Teo Kok Seong, Pakar Bahasa Dari Kelantan
|
‘Lebih Melayu Daripada Melayu’ Nama Profesor Datuk Dr Teo…
Jawatan Kosong Kelantan