Cuaca Panas, Paras Sungai Utama Di Kelantan Turun Bawah Normal

Keadaan cuaca panas sejak kebelakangan ini menyebabkan paras air di beberapa sungai utama di Kelantan dilaporkan mula berada di bawah paras normal.

Berdasarkan portal publicinfobanjir.water.gov.my, antara sungai yang mencatat bacaan di bawah normal ialah Sungai Golok di Rantau Panjang dengan bacaan 3.56 meter (m) berbanding paras normal 5m.

Turut mencatat bacaan di bawah normal ialah Sungai Golok di Kampung Jenob, Tanah Merah dengan bacaan 18.57m berbanding normal 19m.

Selain itu, Empangan Bukit Kwong di Rantau Panjang merekodkan bacaan 16.02m.

Sungai Kelantan di Tambatan Diraja, Kota Bharu pula mencatat bacaan -0.4m berbanding paras normal 1m.

Beberapa sungai lain yang turut berada di bawah paras normal ialah Sungai Melor di Jambatan Melor, Bachok (5.3m), Sungai Kelantan di Kampung Temangan, Machang (9.28m) dan Sungai Kelantan di Kuala Krai (16.09m).


Situasi ini dikaitkan dengan keadaan cuaca panas yang berterusan sehingga memberi kesan kepada paras air sungai di negeri ini.

Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

Bayi 11 Bulan Meninggal Dunia Selepas Terjatuh Dari Kerusi Di Rumah Pengasuh
|
Seorang bayi perempuan berusia 11 bulan disahkan meninggal dunia…
Tujuh Beranak Di Tumpat Lega Gangguan Mistik Hilang Selepas Sebulan
|
Sebuah keluarga tujuh beranak di Kampung Kutan Sungai, Tumpat…
SMKA Naim Lilbanat Sekolah Pertama Di Kelantan Miliki Kelas Berasaskan AI
|
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Naim Lilbanat, Kota Bharu…
Durian Serendah RM1.30 Sekilo Di Tumpat, Harga Esok Ditentukan Pembeli
|
Lambakan durian musim ini memberi rezeki kepada pencinta raja…
Suami Tetak Isteri Guna Parang Sebab Tegur Jiran Lelaki
|
Seorang suri rumah berusia 40 tahun cedera parah selepas…
KRW FC Terima Suntikan Penajaan Baharu Daripada Raja Perfume
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) terus menerima sokongan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!