Sampah Bertaburan Di Kawasan Orang Ramai Berbuka Puasa Sekitar Lotus Kota Bharu

Seorang pempengaruh media sosial dikenali sebagai Tuk D meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir individu yang berbuka puasa di kawasan sekitar Lotus's Malaysia apabila didapati membuang sampah merata-rata sehingga mencemarkan pemandangan.

Menurutnya, setiap kali tiba waktu berbuka, kawasan padang dan pinggir jalan berhampiran premis berkenaan dipenuhi orang ramai. Namun selepas selesai berbuka, sisa makanan, plastik minuman serta bekas polisterin dibiarkan begitu sahaja tanpa rasa tanggungjawab.

“Kalau aku kata bodoh, jijik; kau orang juga yang marah. Tapi bila tengok macam ini, siapa nak bersihkan?” luahnya dalam satu hantaran di media sosial.

Difahamkan kawasan tersebut merupakan tanah persendirian dan bukan di bawah seliaan pihak berkuasa tempatan (PBT). Justeru, tiada pekerja pembersihan ditugaskan untuk menguruskan sampah yang ditinggalkan.

“Ini tanah persendirian. Yang bawa sampah itu, sepatutnya bawa balik atau buang di tempat lain. Sini tiada pekerja dan bukan kawasan bawah seliaan PBT,” ujar Tuk D.

Orang ramai turut diingatkan supaya menghargai toleransi pemilik tanah yang tidak menghalang orang awam menggunakan kawasan itu untuk berbuka puasa sepanjang Ramadan.

“Orang bagi guna tempat, janganlah kita ambil mudah. Sepatutnya kita hargai, bukan tinggalkan sampah merata-rata,” kata seorang pengunjung.

Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, malah bulan untuk mendidik disiplin, kebersihan serta tanggungjawab terhadap persekitaran.


Harapan agar orang ramai lebih peka supaya kawasan berkenaan kekal bersih, selesa dan tidak menimbulkan rungutan pada masa akan datang.

SHARE:

TERKINI

Peniaga Pasar Malam Di Kelantan Henti Niaga Untuk Solat Maghrib Berjemaah Raih Pujian
|
Suasana pasar malam di Lundang di Kota Bharu mencuri…
Dapat Mertua T20 Dari Kelantan, Wanita Kongsi Kisah Sebelum Dan Selepas Kahwin
|
Bukan semua kisah mertua dan menantu dipenuhi konflik. Seorang…
Anak Tukang Kebun Sekolah Dari Bachok Raih PNGK 4.00 Dalam STPM
|
Dua kali gagal dalam temuduga Institut Pengajian Guru (IPG)…
“Saya Mahu Hafaz Al-Quran” Mazraoui Bakal Bersara Awal Selepas Piala Dunia 2026
|
Pemain pertahanan Maghribi, Noussair Mazraoui mengejutkan ramai peminat bola…
Lima Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Kes Dua Sepupu Hilang Di Kota Bharu
|
Polis menahan lima lelaki bagi membantu siasatan berhubung kehilangan…
Wanita Ditahan Jual Beras Seludup Di Pasir Mas
|
Seorang wanita ditahan selepas dipercayai terlibat dalam penjualan beras…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!