16 Mangsa Disengat ‘Ubur-Ubur Biru’ Di Bachok, Pantai Melawi Catat Kes Tertinggi

Sebanyak 16 laporan mangsa sengatan ubur-ubur direkodkan di daerah Bachok sejak 13 Februari lalu.

Ketua Daerah Perikanan Bachok, Ahmad Rashid Affendi Ahmad Razali berkata, notifikasi kumulatif itu membabitkan beberapa kawasan pantai di daerah berkenaan.

Menurutnya, enam kes direkodkan di Pantai Melawi, diikuti tiga kes di Pantai Irama, manakala dua kes masing-masing di Pantai Kemasin, Pantai D’ Aur dan Pantai Kuala Rekang serta satu kes di Pantai Tapang.

“Semua mangsa dilaporkan disengat semasa membuat aktiviti di dalam air di pesisir pantai.

“Majoriti mangsa mengalami gejala setempat seperti sakit, merah, gatal dan pedih,” katanya.

Beliau berkata, kesemua mangsa dirawat sebagai pesakit luar dan tiada kemasukan ke wad dilaporkan.

Ahmad Rashid turut menasihatkan pengunjung pantai supaya mengambil langkah segera sekiranya disengat ubur-ubur, termasuk keluar dari kawasan air ke tempat selamat, membilas anggota yang terkena sengat dengan air bersih, segera ke klinik berdekatan serta memantau tanda bahaya seperti sesak nafas, pening atau sakit dada.

Katanya, pihaknya memandang serius kejadian itu memandangkan sengatan ubur-ubur berisiko menyebabkan kesan lebih berbahaya seperti kekejangan otot, sukar bernafas, koma malah kematian.

Sehubungan itu, orang awam diminta mengelakkan aktiviti air dan tidak menyentuh ubur-ubur yang terdampar.

Terdahulu, beberapa kawasan pantai di Bachok dikesan diserang ubur-ubur berbisa dikenali sebagai Portuguese Man O'War atau Physalia physalis.


Hidupan akuatik yang kelihatan seperti plastik biru itu banyak ditemui terdampar di pesisir pantai dengan warna biru, ungu atau merah jambu serta mempunyai sesungut yang menjulang hingga enam inci di atas garis air.

Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

Polis Nafi Tak Ambil Tindakan Kes Lelaki Dipukul Ramai-Ramai Di Wakaf Bharu
|
Tular di media sosial dakwaan kononnya pihak polis tidak…
Bomba Kelantan Rekod 1,509 Kes Kebakaran Terbuka Sejak Mac, Bachok Tertinggi
|
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan merekodkan peningkatan…
Kelantan Sasar Pasaran China & Singapura, Rangka Promosi Pelancongan Lebih Efektif
|
Kerajaan Negeri Kelantan kini merangka pendekatan promosi pelancongan yang…
Bengkel Kereta Di Jalan Long Yunus Kota Bharu Terbakar, Lima Kenderaan Hangus
|
Sebuah bengkel kereta di Jalan Long Yunus, Kota Bharu…
Pengeluaran Dron Serangan Iran Meningkat 10 Kali Ganda Sejak Perang
|
Kadar pengeluaran dron serangan Iran dilaporkan meningkat sehingga 10…
YIK Lahirkan 5,720 Huffaz, 432 Graduan Tahfiz Dirai Dalam Majlis Graduasi Kali Ke-16
|
Yayasan Islam Kelantan (YIK) berjaya melahirkan seramai 5,720 huffaz…
Jawatan Kosong Kelantan