Pemancing Temui Mayat Lelaki Lengkap Berpakaian Di Besut

Mayat seorang lelaki ditemui oleh pemancing di Pantai Bukit Bubus, Kampung Raja, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Mohd Rozaime Ab Rahim berkata, lelaki tempatan berusia 54 tahun itu ditemui orang awam kira-kira jam 7.05 malam.

Menurutnya, mangsa ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian dan dipercayai telah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam sebelum ditemui.

“Bertindak atas maklumat diterima, pihak polis telah ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan lanjut sebelum mayat dibawa ke Unit Forensik, Hospital Besut bagi tujuan bedah siasat.

“Hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian adalah disebabkan penyakit jantung iaitu coronary artery atherosclerosis,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR).

Siasatan awal mendapati mangsa berasal dari Pasir Puteh dan dipercayai memancing secara berseorangan di kawasan berhampiran sebelum kejadian.

“Jenazah akan diserahkan kepada keluarga bagi urusan pengebumian,” ujarnya.


Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih berhubung kejadian tersebut serta sentiasa mengutamakan keselamatan diri ketika berada di kawasan pantai.

Sumber: Sinar Harian

SHARE

TERKINI

10 Rakyat Malaysia Dalam Misi Global Sumud Flotilla 2.0 Ditahan Tentera Zionis
|
Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan 10 rakyat Malaysia…
Pelajar Parah Dirempuh SUV Di SMK Tanjong Mas Dibenar Keluar Hospital
|
Pelajar perempuan tingkatan satu yang sebelum ini parah selepas…
Langgar Kereta Polis, Pacuan Empat Roda Ditembak Dua Das Sebelum Pemandu Ditahan
|
Polis melepaskan dua das tembakan ke arah tayar sebuah…
Lelaki OKU Mental Didakwa Bunuh Bapa Di Baung Bayam
|
Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) mental dihadapkan ke…
Fenomena Bau Asap Waktu Malam Di Kota Bharu Dan Bachok Cetus Tanda Tanya
|
Sejak beberapa malam kebelakangan ini, penduduk sekitar Kota Bharu…
Mangsa Ditembak Pencuri Lembu Di Ladang Kemahang Dibenar Pulang
|
Mangsa yang parah ditembak dipercayai pencuri lembu dalam kejadian…
Jawatan Kosong Kelantan