Selangor Sedia Bantu Kelantan Rancang Penganjuran Sukma 2028

Selangor bersedia berkongsi pengalaman serta memberikan sokongan kepada Kelantan dalam aspek perancangan dan penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) menjelang Sukma 2028.

Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Mohd Najwan Halimi berkata, perkongsian pengalaman di peringkat negeri amat penting bagi menjamin kualiti penganjuran temasya sukan dwitahunan itu yang telah menjangkau lebih dua puluh edisi.

Menurut beliau, Selangor mempunyai sekretariat khas yang sedang melaksanakan pelbagai perancangan bagi penganjuran Sukma di negeri tersebut dan sedia membantu Kelantan dalam aspek yang diperlukan.

“Malah kita mengalu-alukan jika pegawai Sekretariat Sukma Kelantan ditempatkan bersama Sekretariat Selangor untuk menimba pengalaman awal serta memahami proses pelaksanaan secara menyeluruh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Mohd Najwan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Sukma Selangor mengetuai delegasi Sekretariat Sukma ke-22 dan Para Sukma Selangor 2026 ke pejabat Kerajaan Negeri Kelantan di Kota Bharu.

Ketibaan delegasi disambut Exco Belia, Sukan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Perpaduan Masyarakat Kelantan, Zamakhshari Muhamad bersama Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat Sukma Kelantan, Azi Rahimee Mohamed dan Ketua Pegawai Operasi, Muhammed Imran Mansoor.

Mohd Najwan berkata, pertemuan tersebut menekankan kepentingan koordinasi awal dan perkongsian strategi penganjuran bagi memastikan setiap persiapan berjalan lancar serta mengurangkan kemungkinan masalah ketika acara sebenar.

Sementara itu, Zamakhshari memaklumkan pertemuan berkenaan membolehkan kedua-dua pihak bertukar pandangan serta maklumat secara langsung mengenai persiapan dan pelaksanaan Sukma 2026 dan 2028.

Selangor akan menjadi tuan rumah Sukma edisi ke-22 yang dijadual berlangsung dari 15 hingga 24 Ogos ini dengan mempertandingkan 474 acara melibatkan 37 jenis sukan.

Kelantan bakal menjadi tuan rumah Sukma buat kali pertama pada 2028 dengan venue utama, Kompleks Sukan Bukit Merbau di Pasir Puteh sedang giat dibina untuk penganjuran temasya sukan tersebut.


Sumber: Harian Metro, Zamakhshari Muhamad

SHARE:

TERKINI

Bukan Lagi Untuk Kayangan, HPUSM Tawar IVF Dengan Kos Jauh Lebih Rendah
|
Rawatan persenyawaan in vitro (IVF) kini bukan lagi sesuatu…
PGA Serbu Kilang Kayu Di Kuala Krai, Rampas Kayu Tidak Bercukai Bernilai RM1 Juta
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) menyerbu sebuah kilang kayu yang…
Cuaca Panas Buatkan Itik ‘Merajuk’ Enggan Bertelur, Hilang Selera Makan
|
Seorang penternak itik telur di Kampung Sering, Kota Bharu…
‘Lebih Melayu Daripada Melayu’, Kisah Hidup Prof Teo Kok Seong, Pakar Bahasa Dari Kelantan
|
‘Lebih Melayu Daripada Melayu’ Nama Profesor Datuk Dr Teo…
[VIDEO] Risau Keselamatan Pelajar, Individu Sukarela ‘Trim’ Pokok Halang Laluan Pejalan Kaki
|
Tindakan seorang individu yang secara sukarela membersihkan laluan pejalan…
Pemandu Sambilan Didakwa Edar Dadah Sintetik Hampir 570kg
|
Seorang pemandu sambilan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh…
Jawatan Kosong Kelantan