Ahli Parlimen Machang Dipecat Bersatu Berkuat Kuasa Serta-Merta

Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dipecat daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta pada Jumaat.

Pemecatan bekas Ketua Armada Bersatu itu dibuat selepas didapati melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan parti berkenaan.

Sebelum ini, beliau telah digantung keahlian selama satu penggal pada Oktober lalu.

Dalam hantaran di Facebook, Wan Ahmad Fayhsal berkata beliau menerima keputusan tersebut dengan tenang.

“Alhamdulillah saya juga telah ‘selamat’ dipecat oleh Parti Bersatu.

“Insya-ALLAH saya akan terus istiqamah bersama Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam berperanan sebagai Ahli Dewan Rakyat,” katanya.

Notis pemecatan bertarikh Jumaat itu dikeluarkan dan ditandatangani Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu, Datuk Mohd Radzi Manan.

Menurut notis tersebut, Lembaga Disiplin telah bersidang pada 12 Februari 2026 dan memutuskan pemecatan hak keahlian di bawah Fasal 22.5 Perlembagaan parti kerana melanggar Fasal 9.1.4.

Notis itu turut memaklumkan bahawa keputusan berkuat kuasa serta-merta, namun rayuan boleh dikemukakan kepada Lembaga Rayuan dalam tempoh 14 hari dari tarikh notis.

Dalam perkembangan sama, media turut melaporkan Lembaga Disiplin Bersatu memecat keahlian Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Hamzah Zainudin atas alasan pelanggaran fasal yang sama.


Perkembangan ini dijangka memberi implikasi kepada kedudukan politik dalaman parti serta landskap pembangkang di Parlimen.

Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

10 Rakyat Malaysia Dalam Misi Global Sumud Flotilla 2.0 Ditahan Tentera Zionis
|
Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan 10 rakyat Malaysia…
Pelajar Parah Dirempuh SUV Di SMK Tanjong Mas Dibenar Keluar Hospital
|
Pelajar perempuan tingkatan satu yang sebelum ini parah selepas…
Langgar Kereta Polis, Pacuan Empat Roda Ditembak Dua Das Sebelum Pemandu Ditahan
|
Polis melepaskan dua das tembakan ke arah tayar sebuah…
Lelaki OKU Mental Didakwa Bunuh Bapa Di Baung Bayam
|
Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) mental dihadapkan ke…
Fenomena Bau Asap Waktu Malam Di Kota Bharu Dan Bachok Cetus Tanda Tanya
|
Sejak beberapa malam kebelakangan ini, penduduk sekitar Kota Bharu…
Mangsa Ditembak Pencuri Lembu Di Ladang Kemahang Dibenar Pulang
|
Mangsa yang parah ditembak dipercayai pencuri lembu dalam kejadian…
Jawatan Kosong Kelantan