Rafizi: Saya Bukan Macam Anwar Obses Nak Jadi Perdana Menteri

Bekas timbalan presiden PKR, Rafizi Ramli, menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai obsesi untuk menjadi perdana menteri, berbeza dengan apa yang disifatkannya sebagai ketaksuban kuasa yang membentuk perjalanan politik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, lapor Malaysiakini.

Ahli Parlimen Pandan itu membuat perbandingan tersebut ketika mengulas kemungkinan tindakan disiplin parti terhadap dirinya dan beberapa ahli PKR lain yang sehaluan dengannya.

“Bukan macam (Anwar) yang satu-satunya keghairahan hidupnya ialah untuk menjadi perdana menteri, saya bersyukur kerana saya sangat gembira jika dapat bersara dengan tenang seperti orang lain, cukup sekadar untuk hidup dengan aman,” katanya dalam satu hantaran di platform X.

anwar obses jadi perdana menteri - rafizi


Rafizi berkata, beliau tidak memikul beban seperti sesetengah ahli politik lain yang meletakkan jawatan dan kuasa sebagai matlamat hidup, sebaliknya melihat politik sebagai amanah dan sumbangan kepada rakyat serta pelaburan untuk akhirat.

Beliau turut menyifatkan individu yang merasakan negara atau masyarakat memerlukan mereka sebagai mempunyai “masalah jiwa”, sambil menegaskan bahawa masyarakat tidak berhutang apa-apa kepada ahli politik.

Menggambarkan dirinya sebagai seorang yang “mudah berasa cukup” dan “tidak sentimental”, Rafizi menegaskan bahawa kemasyhuran dan jawatan bukanlah perkara yang dikejarnya.

“Saya masih seorang ahli parlimen dan saya berniat untuk melaksanakan tugas saya dengan baik kerana ia satu amanah,” katanya.

Sejak tewas dalam pemilihan jawatan timbalan presiden PKR kepada Nurul Izzah serta peletakan jawatannya dalam kabinet tahun lalu, Rafizi dilihat semakin lantang mengkritik tokoh parti dan hal ehwal kerajaan.

Selain aktif melalui media sosial, beliau turut mengendalikan podcast sendiri bertajuk “Yang Berhenti Menteri” yang sering membincangkan isu politik, tadbir urus dan dasar kerajaan.

Dalam beberapa kenyataan sebelum ini, Rafizi turut menegaskan bahawa petunjuk ekonomi yang baik tidak membawa makna kepada rakyat sekiranya tidak disertai reformasi sebenar, khususnya dalam aspek penguatkuasaan undang-undang dan tadbir urus negara.

Sumber: Malaysiakini, Rafizi Ramli

SHARE:

TERKINI

Lebuh Raya KBKK Capai 71.4 Peratus Siap, Dijangka Beroperasi Sepenuhnya 2027
|
Projek pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK) kini…
Murid SJKC Di Kota Bharu Cipta Kejutan Muncul Johan Tilawah Al-Quran
|
Ramai mungkin tidak menyangka seorang murid dari Sekolah Jenis…
Penunggang Motosikal Maut Dihempap Pokok Pulai Berusia Lebih 200 Tahun Ketika Ribut
|
Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dihempap sebatang…
Thailand Rampas 750 Liter Petrol Malaysia Disyaki Baru Diseludup Di Sungai Golok
|
Pihak berkuasa Thailand terus memperketat kawalan di sempadan apabila…
MPKB-BRI Tolak Rayuan, Penganjur Disko Retro Kekal Kena Kompaun RM30,000
|
Penganjur majlis disko retro bertemakan hippie ala 60-an dan…
Lombong Haram Di Gua Musang Diserbu, Tujuh Jentera Bernilai RM4 Juta Disita
|
Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kelantan menyita tujuh jentera…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!