Menteri Besar Kelantan berkongsi gambar menaiki sebuah jentera Yamaha RXZ menjelang kemuncak program RXZ Forever Legend yang berlangsung di RTC Tunjong, Kota Bharu, menerusi satu hantaran di Facebook rasmi beliau.
Dalam hantaran tersebut, beliau memaklumkan sudah “memanaskan enjin” untuk menghadiri program kemuncak pada petang berkenaan, sambil menitipkan pesanan penuh makna kepada para pengunjung.
“Bawalah adab sebagai pakaian utama. Biar hadir dengan gaya, pulang dengan cerita dan doa,” tulisnya.
Beliau turut mengajak pengunjung yang telah tiba lebih awal ke tapak program supaya berkongsi suasana dengan memuat naik sekeping gambar sebagai tanda kehadiran.
Program RXZ Forever Legend yang berlangsung di RTC Tunjong itu dijangka menjadi tumpuan ribuan peminat permotoran dari dalam dan luar negeri, sekali gus menghidupkan suasana Kota Bharu dengan elemen budaya, komuniti dan semangat kebersamaan.
SHARE:
