Pekerja Syarikat Penghantaran Didakwa Cederakan Isteri Di Kota Bharu

Seorang pekerja syarikat penghantaran didakwa di Mahkamah Majistret Kota Bharu selepas dituduh mencederakan isterinya dalam kejadian yang berlaku pada 16 Januari lalu.

Tertuduh, Muhammad Aniq Haikal Amirudin, 28, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Amirul Asyraf Abdul Rasid.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap isterinya yang berusia 19 tahun di dalam bilik tidur di Kampung Buloh Poh, Kota Bharu, pada jam 12.30 tengah hari, 16 Januari 2026.

Kes itu didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Nabil Mohamed Asri, manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nik Nazriani Nik Ab Rahman.



Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 16 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

|
Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra terus mencatat peningkatan pergerakan…
Guru Agama Didakwa Amang Seksual Dua Kanak-Kanak Lelaki
|
Seorang guru agama mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret…
32 Gol Semusim, Mbarga Bagi Bayangan Kekal Bersama KRW FC
|
Pemenang kasut emas Liga A1 Semi Pro, Emmanuel Mbarga…
Jangan Sekadar Tulis Di Media Sosial, Exco Minta Aduan Air Terus Dibuat Kepada AKSB
|
Kerajaan Kelantan meminta rakyat menyalurkan aduan berkaitan bekalan air…
Makmal Bertaraf Global Dibuka, Kelantan Sasar Jadi Hab Industri REE Lengkap
|
Kelantan menyasarkan pembangunan rantaian industri unsur nadir bumi bukan…
Lelaki Dicekup Selepas Diekori 30KM, 1.2 Tan Minyak Masak Subsidi Dirampas
|
Taktik seorang lelaki membawa hampir 1.2 tan minyak masak…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!