Empat Rumah Terbakar Di Jalan Atas Paloh, Kota Bharu Awal Pagi Tadi

Empat buah rumah terbakar dalam satu kejadian kebakaran di Jalan Atas Paloh, Kota Bharu, awal pagi tadi, dengan satu daripadanya merupakan rumah berpenghuni.

Kejadian kira-kira jam 2 pagi itu disedari seorang pekerja swasta, Mohd Shahrul Isma Fitri Safavi, 26, selepas sepupunya bertindak pantas mengetuk pintu rumahnya dan mengejutkannya daripada tidur, memaklumkan terdapat kebakaran di sebuah rumah kosong bersebelahan.

Menurutnya, tiga rumah kosong terbakar manakala sebuah lagi adalah rumah neneknya.

“Masa itu api sedang marak dan ibu saya segera membawa nenek keluar dari rumah tersebut,” katanya.

Warga emas berusia lingkungan 60-an itu berjaya diselamatkan sebelum api merebak dan menghanguskan bahagian luar rumah termasuk kawasan hadapan serta beranda belakang, manakala tiga rumah kosong lain musnah sepenuhnya.

Mohd Shahrul turut memaklumkan terdapat jiran yang melihat seorang lelaki dipercayai mengalami masalah mental berada di kawasan berkenaan sekitar tengah malam sebelum kejadian berlaku.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Bharu, Timbalan Penguasa Bomba II Zuzuki Safei berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.05 pagi.

Menurutnya, seramai 30 anggota BBP Kota Darul Naim dan Tunjong dikejarkan ke lokasi dan tiba pada jam 2.11 pagi.

“Operasi pemadaman dilakukan menggunakan dua aliran dengan empat pancutan air daripada tangki jentera serta pili bomba.



“Api berjaya dipadam sepenuhnya pada jam 5.20 pagi. Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Penemuan Mayat Wanita Tertiarap Dengan Kesan Tikaman Di Atas Jalan Di Ketereh
|
Penduduk sekitar Ketereh dikejutkan dengan penemuan mayat seorang wanita…
10 Rakyat Malaysia Dalam Misi Global Sumud Flotilla 2.0 Ditahan Tentera Zionis
|
Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan 10 rakyat Malaysia…
Pelajar Parah Dirempuh SUV Di SMK Tanjong Mas Dibenar Keluar Hospital
|
Pelajar perempuan tingkatan satu yang sebelum ini parah selepas…
Langgar Kereta Polis, Pacuan Empat Roda Ditembak Dua Das Sebelum Pemandu Ditahan
|
Polis melepaskan dua das tembakan ke arah tayar sebuah…
Lelaki OKU Mental Didakwa Bunuh Bapa Di Baung Bayam
|
Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) mental dihadapkan ke…
Fenomena Bau Asap Waktu Malam Di Kota Bharu Dan Bachok Cetus Tanda Tanya
|
Sejak beberapa malam kebelakangan ini, penduduk sekitar Kota Bharu…
Jawatan Kosong Kelantan