Jambatan Palekbang tunjuk kemajuan pesat, jangkaan siap tahun 2026 tampak positif

KOTA BHARU – Pembinaan Jambatan Palekbang–Kota Bharu yang dijangka menjadi mercu tanda baharu negeri ini kini menunjukkan perkembangan positif dengan kerja-kerja pembinaan berjalan rancak.

Menerusi perkongsian gambar oleh Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan (UPKN), dapat dilihat kontraktor terbabit bertungkus-lumus menyiapkan projek tersebut dengan bekerja siang dan malam.

Terdahulu, Kelantan Daily melaporkan bahawa projek itu telah mencapai kemajuan 15 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada akhir tahun 2026.

Dibina dengan konsep cable stayed serta pylon setinggi 120 meter, jambatan berkenaan bakal menjadi penghubung penting antara Tumpat dan Kota Bharu. Selain fungsi pengangkutan, ia turut dijangka menjadi landskap ikonik dengan seni bina moden yang mencantikkan pesisir Sungai Kelantan.

Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Datuk Baidzawi Che Mat, berkata jambatan ini akan menjadi satu-satunya jambatan di Kelantan yang menampilkan elemen seni bina ikonik, menjadikannya tarikan visual kepada pelancong dan penduduk setempat.

Selain menjimatkan masa perjalanan dan mengurangkan kesesakan di Jambatan Sultan Yahya Petra, projek ini juga menyokong pembangunan pesisir sungai termasuk inisiatif Kota Bharu Promenade dan River Cruise, yang bakal menjadikan kawasan ini sebagai destinasi tumpuan baharu di negeri Cik Siti Wan Kembang.

“Ia bukan sekadar jambatan, tetapi simbol kemajuan dan wajah baharu bandar Kota Bharu,” katanya.
#Kelantan Daily

papan projek jambatan palekbang kota bharu

TERKINI

PRN Johor: Khairuddin Ajak Ahli PAS Undi BN Di Kawasan Tidak Tanding
|
Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr Khairuddin Takiri…
Markas Ajaran Syiah Diserbu, 226 Individu Termasuk 28 Kanak-Kanak Diperiksa
|
Sebuah premis di Pusat Perdagangan Lagoon Perdana di Petaling…
KRW FC Laku Keras, Tarik Minat Syarikat Besar Jadi Penaja
|
Bakal beraksi di pentas tertinggi bola sepak negara musim…
Klinik Swasta Tanpa Tauliah, Warga Pakistan Jadi Doktor Palsu
|
Seorang lelaki warga Pakistan ditahan selepas disyaki menyamar sebagai…
Pantai Timur Catat Kadar Penagihan Pil Kuda Tertinggi Di Negara
|
Negeri-negeri di Pantai Timur mencatat kadar penagihan dadah sintetik…
Lebih 10 Tong Sampah PBT Dibakar, Kelantan Rugi Lebih RM100,000
|
Kerajaan Kelantan menanggung kerugian melebihi RM100,000 selepas lebih 10…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!