Seorang wanita warga emas berusia 70 tahun meninggal dunia dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah berhampiran Hotel Pacific di Jalan Tok Guru, Kota Bharu, petang tadi.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, PBKII Satyuti Satar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.58 petang.
Foto: Bomba
Menurut beliau, seramai 27 anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian bersama tiga jentera sebaik menerima makluman.
“Kebakaran menyebabkan rumah berkenaan musnah hampir sepenuhnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Maklumat lanjut berhubung punca kebakaran dan keadaan mangsa masih dalam siasatan pihak berkuasa.
BERKAITAN: “Saya Nampak Dia Melambai Minta Tolong” – Jiran Sebak Warga Emas Maut Terbakar
SHARE:
