880 Penghulu Terima Watikah Pelantikan, Diminta Perkasa Kampung Bersih Dan Indah

Penghulu, wakil rakyat dan penggawa digesa supaya berganding bahu mewujudkan jajahan serta kampung yang bersih, indah dan ceria sebagai asas kepada kesejahteraan rakyat serta pembangunan komuniti di peringkat akar umbi.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, penghulu merupakan pemimpin yang paling hampir dengan masyarakat dan memainkan peranan penting dalam memastikan persekitaran kampung sentiasa terurus serta selesa untuk didiami.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada 880 penghulu yang menerima watikah pelantikan bagi tahun 2026, sambil mengingatkan agar amanah yang diberikan dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan keikhlasan.

“Penghulu, wakil rakyat dan penggawa perlu sama-sama berusaha mewujudkan jajahan atau kampung yang bersih, indah dan ceria.

“Kalau ada lampu yang tidak menyala, kena selesaikan. Perindahkan landskap kampung dengan pokok bunga yang ceria, segar dan cantik,” katanya ketika merasmikan Majlis Watikah Pelantikan Penghulu Negeri Kelantan 2026 di Dewan Jubli Perak, Majlis Perbandaran Kota Bharu, hari ini.

Beliau turut menegaskan kepentingan perpaduan dalam kalangan penghulu sebagai asas kepada pentadbiran yang berkesan dan diberkati.

“Rapatkan saf dan kukuhkan perpaduan sesama penghulu kerana perpaduan merupakan asas kepada pentadbiran yang diberkati Allah SWT. Sepakatlah kita buat kerja bersama demi kebaikan rakyat,” ujarnya.

Selain itu, beliau mengingatkan para penghulu supaya membina kepimpinan berteraskan sifat Rabbani dalam melaksanakan amanah kepada masyarakat.

“Kita kena ada sifat Rabbani. Seorang yang bersifat Rabbani ialah mereka yang mempunyai ilmu agama dan ilmu dalam bidang kepakarannya. Apa sahaja bidang yang kita ceburi, ilmu agama perlu dijadikan asas,” jelasnya.

Sementara itu, Pengerusi Urusetia Pembangunan Penghulu, Zulkifli Mamat berkata, pihaknya telah merancang pelaksanaan beberapa program berskala besar untuk diturunkan terus ke peringkat kampung menerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).



Menurut beliau, lebih 4,500 ahli MPKK di seluruh Kelantan akan digerakkan bagi merealisasikan hasrat dan tugasan kerajaan negeri kepada rakyat di peringkat akar umbi.

Majlis berkenaan turut menyaksikan penyampaian watikah pelantikan kepada Ketua-Ketua Jajahan serta bacaan lafaz ikrar penghulu bagi tahun 2026.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

SHARE

TERKINI

[VIDEO] Dewan Rakyat Tegang, Jelutong Petik Kelantan Paling Tinggi Kes Seksual
|
Dewan Rakyat hari ini dilaporkan hampir menjadi tegang apabila…
Anggota Bomba Didakwa Memandu Cuai, Kanak-Kanak Cedera Parah Di Bachok
|
Seorang anggota bomba berusia 46 tahun mengaku tidak bersalah…
Ibu Bapa Kelantan Sanggup Jual Tanah Demi Pastikan Anak Berjaya Dalam Pelajaran
|
Semangat masyarakat Kelantan yang mengutamakan pendidikan sejak dahulu menjadi…
Rakyat Malaysia Cedera Akibat Letupan Bom Di Takbai
|
[Dikemaskini] Dua orang rakyat Malaysia cedera selepas terkena letupan…
Kanak-Kanak 6 Tahun Tertusuk Paku, Kayu 1 Meter Melekat Pada Tangan
|
Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun terpaksa mendapatkan bantuan…
Individu Tampil Fakta, Bidas Dakwaan Nga Kor Ming Kelantan ‘Juara’ HIV, Rogol
|
Sebuah video memaparkan ceramah Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!