Salwani Dibenar Duduk Ketika Pertuduhan Dibacakan Kerana Bisul Kronik Di Paha

Isteri ketiga bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan, Salwani Anuar @ Kamaruddin dibenarkan duduk di dalam kandang tertuduh ketika pertuduhan pengubahan wang haram dibacakan terhadapnya di Mahkamah Sesyen, hari ini.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Rosli Ahmad selepas peguam bela, Fahmi Abd Moin memohon supaya tertuduh tidak perlu berdiri kerana mengalami kesakitan akibat bisul kronik di paha.

Salwani, 27, tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur kira-kira jam 8.20 pagi dengan berpakaian serba hitam sebelum dibawa ke Mahkamah Sesyen 8 di aras dua menggunakan kerusi roda.

Mengikut prosedur mahkamah, tertuduh lazimnya diminta berdiri di dalam kandang ketika pertuduhan dibacakan sebelum menjawab dakwaan.

Namun, selepas mendengar permohonan pihak pembelaan, hakim membenarkan Salwani duduk sepanjang prosiding.

“Kalau duduk lagi sakit,” kata Rosli ketika membenarkan permohonan tersebut.

Terdahulu, Salwani dibawa masuk ke mahkamah dari bilik saksi dan sempat berdiri seketika di dalam kandang tertuduh sebelum peguamnya mengemukakan permohonan berkenaan.

“Tuan, saya memohon supaya Salwani dibenarkan duduk kerana dia mengalami kesukaran untuk berdiri akibat sakit di paha disebabkan bisul kronik. Pagi tadi juga dia hadir ke mahkamah menggunakan kerusi roda,” kata Fahmi.

Salwani kemudiannya mengaku tidak bersalah terhadap empat pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM77,000 yang didakwa berlaku pada 2024 dan tahun lalu.

Berkaitan:
Isteri Bekas Panglima Tentera Darat Didakwa Terima Wang Haram RM77,000
Bekas Panglima Tentera Darat Didakwa Terima Lebih RM2.12 Juta Hasil Aktiviti Haram



Sumber: Berita Harian

TERKINI

Jalan Kuala Krai–Gua Musang Ditutup Sementara 28 Julai Bagi Kerja Letupan Batu
|
Pengguna Jalan Persekutuan FT08 yang merancang perjalanan antara Kuala…
Kereta Berisi Bom Meletup Di Balai Polis Narathiwat
|
Sebuah kereta yang dipasang bahan letupan menggegarkan kawasan Balai…
Kanak-Kanak Perempuan Dua Tahun Maut Dirempuh Lori Dipandu Datuk Sendiri
|
Suasana tenang di sebuah rumah di Kampung Bukit Kuang,…
Projek Solar LSS5 Pasir Mas Mampu Bekalkan Elektrik Kepada 75,000 Rumah
|
Kelantan bakal melakar satu lagi pencapaian dalam pembangunan tenaga…
Lima Anggota Renjer Thailand Maut Dalam Serangan Hendap Di Narathiwat
|
Lima anggota Renjer Tentera Thailand terbunuh dalam satu serangan…
HRPZ II Bakal Terima Makmal Patologi Baharu Bernilai RM175 Juta
|
Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di Kota…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!