Beli minyak masak peket, petrol RON95 perlu imbas kod QR

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang membangunkan aplikasi Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS) bagi menangani isu ketirisan minyak masak peket.

Timbalan Menterinya, Datuk Dr. Fuziah Salleh berkata, melalui aplikasi tersebut, pengguna mesti mengimbas kod QR dan hanya dibenar membuat pembelian apabila disahkan warganegara.

“Kita sedar apa dikhuatiri warga asing mendapat akses kepada barang kawalan seperti minyak masak, gula, petrol dan banyak lagi, tetapi setakat ini bekalan gula mencukupi tak terlalu menjadi isu.

“Namun untuk minyak masak, ia jadi isu kepada rakyat Malaysia kerana mereka susah nak akses apabila warga asing membelinya,” katanya ketika menggulung perbahasan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Negara hari ini.

Fuziah menjelaskan, eCOSS adalah aplikasi yang akan merangkumi semua rantaian termasuk pemborong, peruncit hingga kepada pengguna.

Menurut beliau, aplikasi itu akan turut digunakan bagi pembelian petrol RON95 dalam usaha melindungi barang kawalan subsidi supaya tak mengalir kepada warga asing.

#KelantanDaily
Sumber: Kosmo

TERKINI

[VIDEO] “Hanya Di Kelantan” Masjid Tayang Tazkirah Pada Skrin Gergasi Raih Pujian
|
Tindakan Masjid An-Naim Sri Cemerlang di Kota Bharu menyiarkan…
Kalau Semua Pelakon Kelantan Ini Digabung Dalam Satu Filem, Confirm Meletup!
|
Kalau bercakap tentang pelakon berasal dari Kelantan, industri seni…
Kisah Bekas Bintang Filem Dewasa Dari Jepun Memeluk Islam Selepas Lawatan Ke Malaysia
|
Nama Kae Asakura atau lebih dikenali sebagai Rae Lil…
APM Ambil Masa Lebih 5 Jam Pindahkan Pesakit Obesiti 180kg Di Pasir Mas
|
Angkatan Pertahanan Awam (APM) mengambil masa lebih lima jam…
Pilihan Raya Negeri SG4 Dijangka Diadakan Serentak Dengan PRU16
|
Empat negeri yang ditadbir Perikatan Nasional (PN) iaitu Kelantan,…
200 Unit Vape Bernilai RM20,000 Dirampas Di Tepi Sungai Golok
|
Cubaan menyeludup 200 unit peranti vape ke Thailand gagal…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!