Bekas Panglima Tentera Darat Bersama Dua Isteri Direman Bantu Siasatan Kes Rasuah

Seorang bekas Panglima Tentera Darat bersama dua isterinya tiba di Kompleks Mahkamah Majistret Putrajaya bagi urusan reman untuk membantu siasatan kes rasuah membabitkan rangkaian kartel tender perolehan Tentera Darat Malaysia (TDM).

Ketiga-tiga individu berkenaan tiba di pekarangan kompleks mahkamah sekitar jam 10 pagi menaiki sebuah van dan kereta milik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mereka dilihat memakai baju lokap SPRM berwarna oren serta bergari sebelum dibawa masuk ke dalam kompleks mahkamah oleh pegawai SPRM.

Difahamkan, lelaki berkenaan bersama kedua-dua isterinya ditahan sekitar jam 7 malam semalam selepas hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

Pada 23 Disember lalu, pegawai SPRM turut hadir ke Kementerian Pertahanan Malaysia, dengan siasatan tertumpu kepada projek-projek yang dilaksanakan melalui kaedah perolehan secara tender terbuka serta perolehan di bawah Pusat Tanggungjawab Tentera Darat.

Sebelum ini, pada Selasa, SPRM menahan reman 17 pengarah syarikat yang disyaki terlibat dalam rangkaian kartel tender perolehan TDM.

Kes berkenaan kini masih dalam siasatan dan perkembangan lanjut dijangka dimaklumkan oleh pihak berkuasa.



Sumber: Malaysia Kini

TERKINI

“Bersyukur Masih Hidup…” Penjaga Lembu Ditembak Di Pipi Tak Serik Terus Bekerja
|
“Bersyukur masih hidup.”Itu perkara pertama yang terlintas di fikiran…
Identiti Gadis Ditikam 61 Kali Diketahui, Pelajar Kolej Di Kota Bharu Dari Perak
|
Identiti gadis yang ditemukan maut dengan 61 kesan tikaman…
Wanita Ditemui Maut Di Ketereh Pakai Rantai Leher Ukiran Nama “SYAA”
|
Kes penemuan mayat seorang wanita di Kampung Simah, Ketereh,…
Saksi Nampak Kecederaan Di Muka Dan Leher, Penemuan Mayat Wanita Di Ketereh Diklasifikasikan Kes Bunuh
|
Penemuan mayat seorang wanita di jalan Kampung Kubang Kiat,…
Imam Besar Kelantan Dinobat Tokoh Pekerja Negara Sempena Hari Pekerja
|
Imam Besar Negeri Kelantan, Dr Muhammad Hana Pizi Abdullah…
Penemuan Mayat Wanita Tertiarap Dengan Kesan Tikaman Di Atas Jalan Di Ketereh
|
Penduduk sekitar Ketereh dikejutkan dengan penemuan mayat seorang wanita…
Jawatan Kosong Kelantan