PRABN Keluarkan Ramalan Awal Banjir, 10 Jajahan Di Kelantan Dijangka Terjejas

Penduduk di beberapa kawasan di Kelantan diminta berwaspada susulan ramalan awal banjir yang dikeluarkan oleh Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) pada Sabtu.

Menurut makluman itu, amaran berkenaan dikeluarkan susulan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) oleh Jabatan Meteorologi Malaysia, dengan kemungkinan kejadian banjir dijangka berlaku bermula 5 Januari hingga 9 Januari 2026.

Sebanyak 10 jajahan di Kelantan dikenal pasti berisiko terjejas, melibatkan beberapa lembangan sungai utama yang dipantau rapi oleh pihak berkuasa.

Antara jajahan yang terlibat ialah Tumpat, Pasir Mas, Bachok, Machang, Kota Bharu, Pasir Puteh, Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang.

rAMALAN AWAl banjir kelantan 2026



Lembangan sungai yang berpotensi mengalami peningkatan paras air termasuk Sungai Kelantan, Sungai Golok, Sungai Semerak, Sungai Kemasin, Sungai Lebir, Sungai Galas, Sungai Nenggiri dan Sungai Jeli, bergantung kepada kawasan masing-masing.

PRABN memaklumkan, banjir yang diramalkan boleh berlaku lebih awal atau lewat daripada tempoh dijangkakan bergantung kepada keadaan hujan semasa.

Sehubungan itu, penduduk khususnya yang tinggal di kawasan rendah dan berhampiran sungai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada, memantau maklumat terkini serta mematuhi arahan pihak berkuasa dan agensi pengurusan bencana dari semasa ke semasa.



Maklumat semasa berkaitan banjir boleh diakses melalui laman rasmi publicinfobanjir.water.gov.my dan aplikasi MyPublicInfoBanjir.

Met Malaysia

TERKINI

10 Rakyat Malaysia Dalam Misi Global Sumud Flotilla 2.0 Ditahan Tentera Zionis
|
Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan 10 rakyat Malaysia…
Pelajar Parah Dirempuh SUV Di SMK Tanjong Mas Dibenar Keluar Hospital
|
Pelajar perempuan tingkatan satu yang sebelum ini parah selepas…
Langgar Kereta Polis, Pacuan Empat Roda Ditembak Dua Das Sebelum Pemandu Ditahan
|
Polis melepaskan dua das tembakan ke arah tayar sebuah…
Lelaki OKU Mental Didakwa Bunuh Bapa Di Baung Bayam
|
Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) mental dihadapkan ke…
Fenomena Bau Asap Waktu Malam Di Kota Bharu Dan Bachok Cetus Tanda Tanya
|
Sejak beberapa malam kebelakangan ini, penduduk sekitar Kota Bharu…
Mangsa Ditembak Pencuri Lembu Di Ladang Kemahang Dibenar Pulang
|
Mangsa yang parah ditembak dipercayai pencuri lembu dalam kejadian…
Jawatan Kosong Kelantan