Lesen Mendulang Emas Dibuka, Pejabat Tanah Kelantan Jadi Tumpuan Orang Ramai

Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kelantan serta Pejabat Tanah Jajahan hari ini menjadi tumpuan rakyat negeri itu apabila permohonan lesen mendulang emas dibuka secara rasmi bermula hari ini.

Suasana di kaunter permohonan dilihat meriah dengan kehadiran orang ramai yang teruja untuk mendapatkan borang, susulan pengumuman dibuat oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan, semalam.

Difahamkan setakat ini, lebih 100 individu sudah tampil mendapatkan borang permohonan bagi lesen berkenaan.

Seorang peniaga, Ahmad Fauzan Mohd Zain, 48, menyambut baik langkah kerajaan negeri membenarkan orang awam memohon lesen mendulang emas, namun mencadangkan agar kadar bayaran permohonan dapat dikurangkan bagi menggalakkan penyertaan lebih meluas.

Menurutnya, berdasarkan makluman daripada pihak PTG, setiap pemohon perlu membayar RM100 bagi proses permohonan dan bayaran tambahan RM100 lagi selepas permohonan diluluskan.

Beliau berpandangan, aktiviti mendulang emas berpotensi dijadikan tarikan pelancongan baharu khususnya di kawasan pedalaman, sekali gus memberi limpahan ekonomi kepada penduduk setempat.

Ahmad Fauzan yang juga pengusaha glamping berkata, terdapat pelanggannya yang sudah menunjukkan minat untuk mengikuti kursus mendulang emas sejak pengumuman kerajaan negeri dibuat.

Dalam masa sama, beliau menegaskan isu pewartaan kawasan mendulang perlu diberi perhatian kerana ia melibatkan tanah persendirian atau sungai yang memerlukan rujukan serta kelulusan pihak berkuasa berkaitan.

Sementara itu, bekas tukang emas, Mohd Yusoff Hasan, 53, berkata sebelum ini terdapat kekangan daripada segelintir penduduk kampung yang bimbang aktiviti mendulang emas menyalahi undang-undang.

Namun dengan pengenalan lesen rasmi, beliau percaya aktiviti berkenaan akan menjadi lebih teratur dan diterima masyarakat setempat.

Katanya, peralatan untuk mendulang emas sudah tersedia, namun penggunaannya sebelum ini terhad disebabkan ketiadaan lesen.

Beliau berharap peluang itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk menambah pendapatan keluarga di samping menjalankan aktiviti mendulang emas mengikut peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa.

Semalam, Mohamed Fadzli dilaporkan berkata permohonan bagi lesen mendulang emas akan diproses dan diluluskan dalam tempoh tertentu berdasarkan syarat yang ditetapkan.

Menurutnya, setakat ini tiada had permohonan ditetapkan dan individu berminat boleh mengisi borang permohonan secara manual di PTG negeri atau Pejabat Tanah Jajahan.

BACA: ‘Starter pack’ untuk jadi pendulang emas di Kelantan, ini yang perlu anda tahu



Sumber: Berita Harian

TERKINI

Wanita Ditemui Maut Di Ketereh Pakai Rantai Leher Ukiran Nama “SYAA”
|
Kes penemuan mayat seorang wanita di Kampung Simah, Ketereh,…
Saksi Nampak Kecederaan Di Muka Dan Leher, Penemuan Mayat Wanita Di Ketereh Diklasifikasikan Kes Bunuh
|
Penemuan mayat seorang wanita di jalan Kampung Kubang Kiat,…
Imam Besar Kelantan Dinobat Tokoh Pekerja Negara Sempena Hari Pekerja
|
Imam Besar Negeri Kelantan, Dr Muhammad Hana Pizi Abdullah…
Penemuan Mayat Wanita Tertiarap Dengan Kesan Tikaman Di Atas Jalan Di Ketereh
|
Penduduk sekitar Ketereh dikejutkan dengan penemuan mayat seorang wanita…
10 Rakyat Malaysia Dalam Misi Global Sumud Flotilla 2.0 Ditahan Tentera Zionis
|
Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan 10 rakyat Malaysia…
Pelajar Parah Dirempuh SUV Di SMK Tanjong Mas Dibenar Keluar Hospital
|
Pelajar perempuan tingkatan satu yang sebelum ini parah selepas…
Jawatan Kosong Kelantan