Lepasan SPM pilih jadi imam, bukan kerja sambilan

Ketika kebanyakan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sibuk mencari kerja sambilan sementara menunggu keputusan peperiksaan diumumkan, seorang remaja di Kelantan memilih laluan berbeza yang jarang dilalui rakan seusia.

Ahmad Ameerul Ameen Azaha, 17, ditawarkan peranan sebagai imam rawatib sementara di beberapa masjid di Kota Bharu, sekali gus mengisi masa menunggu keputusan SPM yang dijadualkan diumumkan pada Mac depan.

Imam rawatib merupakan imam lantikan masjid yang membantu mengimamkan solat fardu, khususnya di masjid yang mempunyai imam tetap tetapi tidak mencukupi dari segi jadual dan keperluan.

Difahamkan, Ahmad Ameerul kini sedang melalui beberapa sesi temu duga selepas menerima tawaran daripada beberapa masjid sekitar Kota Bharu, termasuk Masjid Imanul Fa’izin.



Pilihan remaja itu mencerminkan pendekatan berbeza dalam mengisi masa selepas tamat persekolahan, apabila memilih tanggungjawab di masjid berbanding pekerjaan sambilan yang lazim dilakukan kebanyakan lepasan SPM.

Baca lebih lanjut di Kosmo

Sumber: Kosmo

TERKINI

10 Rakyat Malaysia Dalam Misi Global Sumud Flotilla 2.0 Ditahan Tentera Zionis
|
Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan 10 rakyat Malaysia…
Pelajar Parah Dirempuh SUV Di SMK Tanjong Mas Dibenar Keluar Hospital
|
Pelajar perempuan tingkatan satu yang sebelum ini parah selepas…
Langgar Kereta Polis, Pacuan Empat Roda Ditembak Dua Das Sebelum Pemandu Ditahan
|
Polis melepaskan dua das tembakan ke arah tayar sebuah…
Lelaki OKU Mental Didakwa Bunuh Bapa Di Baung Bayam
|
Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) mental dihadapkan ke…
Fenomena Bau Asap Waktu Malam Di Kota Bharu Dan Bachok Cetus Tanda Tanya
|
Sejak beberapa malam kebelakangan ini, penduduk sekitar Kota Bharu…
Mangsa Ditembak Pencuri Lembu Di Ladang Kemahang Dibenar Pulang
|
Mangsa yang parah ditembak dipercayai pencuri lembu dalam kejadian…
Jawatan Kosong Kelantan